• 9729
1

Booku Enterprise

His Hidden Bride (Buku 1) Oleh Acik Lana

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Novel His Hidden Bride Oleh Acik Lana

His Hidden Bride ialah novel romantik karya Acik Lana yang menggabungkan elemen contract marriage, enemies to lovers, billionaire romance dan konflik keluarga. Dengan dialog yang menghiburkan, perkembangan hubungan yang manis serta konflik emosi yang kuat, novel ini menawarkan kisah cinta yang membuatkan pembaca sukar berhenti membaca.

Sinopsis Novel His Hidden Bride

Kejora sakit hati! Gara-gara food critic scammer memberi ulasan buruk kepada restoran ibunya, La Serenita hampir melingkup. Dahlah bayar mahal-mahal, sekali kena condemn. Mana dia tak berbulu tengok mamat tu!

“Pulangkan balik 20K duit mama I dan turunkan review you!” ~ Kejora

“Sorry, no refund. I wrote what I experienced, and that is my job. Ubah service you, be better. Apa yang susahnya?” ~ Aizel Hadrian

Ya Tuhan, semakin membuak perasaan benci Kejora terhadap si food critic tak guna itu. Bertambah parah bila restoran mereka kena boikot, kena pulau gara-gara review buruk tersebut. Beban hutang mula menghimpit. No customer, no business. Macam mana dia dan ibunya nak bertahan kalau rumah sendiri juga bakal dilelong?

Duit gaji dia sebagai staf housekeeping di hotel The Aurelia takkan mampu menanggung semuanya. Terdesak, nyawa-nyawa ikan, hanya ada satu cara saja. Kejora terpaksa tebalkan muka meminta bantuan daripada manusia yang paling dia benci. Kerana dia terdesakkan duit, dan lelaki itu pula memiliki kekayaan yang melimpah ruah. Duit berkepuk sampai tujuh keturunan tak habis!

“What? 200K? Then aku kena buat apa sebagai balasan?” ~ Kejora

“Marry me, be my contract wife.” ~ Aizel Hadrian

Terlopong terus mulut Kejora. Kegilaan apakah ini? Tapi dalam gila-gila, dia setuju juga. Terpaksa! Alah, setakat tiga bulan terikat dengan kontrak, kahwin secara rahsia, apa yang dia rugi pun? Cukup masa, bercerai sajalah dan dia boleh kembali hidup bebas.

Namun, tak mudah ingin berpisah bila Aizel Hadrian mula menunjuk sisi diri yang berbeza. Yang tak pernah terfikir dek akal Kejora rupa-rupanya si dingin beku itu terlalu mencairkan jiwa. Aizel Hadrian asyik memberi perlindungan bila-bila masa dia perlukan. Waktu tak perlu pun Aizel Hadrian sentiasa ada untuknya.

Cuma... antara mereka ada Nyla. Ada juga trauma silam Kejora yang datang menghimpit. Dan bila perkahwinan kontrak mereka terbongkar, Kejora dan Aizel Hadrian sama-sama terluka. Tapi sehebat mana pun ujian dan dugaan terlontar, he’s still here. Tak pernah berpaling walau sekali.

From contract wife to his forever, mampukah angan-angan itu dicapai mereka berdua? Atau Kejora perlu mengalah demi ‘yang pertama’? Kekal menjadi isteri rahsia yang akhirnya berputus asa?

“Now I tak boleh hidup tanpa you, Kejora. I dah gila.” ~ Aizel Hadrian

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Menampilkan trope popular contract marriage dan enemies to lovers.
  • Hero kaya, dingin tetapi penyayang yang menjadi kegemaran pembaca novel romantik.
  • Heroin yang kuat, berani dan sanggup berkorban demi keluarga.
  • Gabungan konflik keluarga, trauma silam dan rahsia perkahwinan yang menyentuh emosi.
  • Dialog yang menghiburkan dengan perkembangan cinta yang perlahan tetapi manis (slow burn romance).
  • Jalan cerita penuh emosi, romantik dan konflik yang membuatkan pembaca terus ingin mengetahui pengakhirannya.

Genre Novel His Hidden Bride

Novel Romance, Contemporary Romance, Contract Marriage, Enemies to Lovers, Billionaire Romance, Family Drama, Novel Melayu.

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Novel romance Melayu.
  • Contract marriage dan secret marriage.
  • Enemies to lovers.
  • Hero kaya dan heroin yang berdikari.
  • Kisah cinta penuh konflik, emosi dan penyembuhan hati.