Kaki Novel
Akadku Yang Terakhir
- Regular price
- RM 37.00
- Sale price
- RM 37.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Akadku Yang Terakhir
Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.
Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!
Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.
Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?
“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….”
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta dan perkahwinan kedua
- Pemulihan trauma serta bayangbayang masa lalu
- Psikoterapi dan kesihatan emosi
- Konflik rumah tangga dan kepercayaan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik Melayu
- Pembaca yang menggemari kisah cinta selepas trauma
- Pembaca yang berminat dengan tema perkahwinan dan konflik rumah tangga
- Pembaca yang menyukai elemen psikologi dalam kisah cinta
Maklumat Buku
- Penulis: Acik Lana
- Penerbit: Kaki Novel
- ISBN: 9789670448657
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg