• 3790
1

Kaki Novel

Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Regular price
RM 34.00
Sale price
RM 34.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan tanpa cinta dan jodoh pilihan keluarga
  • Perubahan diri daripada kehidupan bebas kepada kehidupan yang lebih beragama
  • Konflik rumah tangga dan perbezaan latar belakang
  • Cinta yang tumbuh selepas perkahwinan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
  • Pembaca yang meminati tema kahwin paksa dan cinta selepas nikah
  • Pembaca yang suka kisah perubahan diri dan penghijrahan
  • Pembaca yang menikmati konflik rumah tangga serta drama keluarga

Maklumat Buku

  • Penulis: Acik Lana
  • Penerbit: Kaki Novel
  • ISBN: 9789675067983
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan