• 6708
1

Booku Enterprise

Sweet Dreams Oleh Acik Lana

Regular price
RM 32.00
Sale price
RM 32.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Sweet Dreams Oleh Acik Lana

Putri – Gelaran seperti Ratu Kelam Kabut, Minah Clumsy sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil lagi. Habis semua tiang dan dinding dia langgar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang. Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tak balance?
Namun beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu mutant atau superhero? Datangnya sering tanpa isyarat.

“Just tell me, kenapa you selalu muncul bila I susah? Macam mana you tahu semua benda tu akan berlaku?”

~ Putri.
Qash Adam – Kesengsaraan hidup di zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. ‘Anugerah’ yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban. Dihina, difitnah, dicaci kerana punya ‘kuasa magis’ membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan? Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Datangnya dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.
Namun kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Siapa gadis itu? Apa hubungkait antara mereka berdua? Dan dari satu pertolongan ke satu pertolongan mula menjelaskan maksud yang tersirat disebalik mimpi. Pentingkah kehadiran perempuan bernama Putri dalam hidupnya nanti?

“This might sound weird, Putri. But I’m different. Diri I tak macam orang lain.”

~ Qash Adam
Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar. Namun sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin kemudian bercinta.
Tapi di pengakhirannya… bagaimana?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Percintaan unik antara gadis clumsy dengan lelaki berkuasa istimewa
  • Kuasa magis, mimpi dan petanda daripada masa hadapan
  • Misteri hubungan antara Putri dan Qash Adam
  • Kesihatan mental, kemurungan dan kehidupan dalam pengasingan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat kisah cinta berunsur fantasi dan supernatural
  • Pembaca yang menyukai watak utama wanita lucu, clumsy dan ceria
  • Peminat cerita tentang kuasa istimewa, mimpi dan misteri

Maklumat Buku

  • Penulis: Acik Lana
  • Penerbit: Booku Enterprise
  • ISBN: 9789671482407
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan