Manes Wordworks
QAID: The Unknown Oleh Effalee
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis QAID: The Unknown Oleh Effalee
Demi menyelesaikan satu kes pembunuhan bersiri, Amra bertemu kembali dengan musuh sejatinya, Ketua Detektif Diraja Aqtar – Damien Qaid. Dari mula detik pertemuan itu, mereka sentiasa bercakaran. Damien sengaja mencari fasal. Amra enggan beralah.
“Aku percaya, satu hari nanti kau akan tikam belakang aku.” – Damien
“Aku takkan tikam belakang kau, D. Aku akan tikam kau depan-depan.” – Amra
Dalam menjejak motif dan identiti pembunuh, misteri demi misteri yang berangkai mula terungkap. Rahsia yang selama ini tenggelam dalam lipatan memori kini memanipulasi kewarasan.
“Usaha kita selama ni sia-sia, Amra.” – Damien
Saat kebenaran terbongkar, Amra dan Damien terpaksa memilih antara dua jalan yang menuntut pengorbanan teramat memeritkan. Dua jalan yang akhirnya memisahkan mereka.
“Kalau semua ni terlalu berat untuk kau, tinggalkan aku.” – Amra
Dalam ketidakpastian, dapatkah Amra dan Damien membuat sebaik-baik pilihan? Sedang maut dan derita menanti di hujungnya. Lalu, apakah jalan yang dipilih itu akan dapat menyatukan mereka kembali?
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Kes pembunuhan bersiri dan penyiasatan detektif
- Misteri, motif serta identiti pembunuh
- Perseteruan dan hubungan kompleks antara Amra dengan Damien
- Rahsia masa lalu, manipulasi memori dan gangguan kewarasan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel thriller dan misteri
- Peminat kisah pembunuhan bersiri serta penyiasatan
- Pembaca yang gemarkan watak detektif dan konflik psikologi
- Peminat trope enemiestolovers dan hubungan penuh pertentangan
Maklumat Buku
- Penulis: Effalee
- Penerbit: Manes Wordworks
- ISBN: 9786297782027
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg