• 9717
1

Manes Wordworks

Bunga Untuk Chempaka Oleh Yumi Hyra

Regular price
RM 38.00
Sale price
RM 38.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Bunga Untuk Chempaka Oleh Yumi Hyra

“Kau masih bencikan aku ke, Chem?” – Nuqman

“Bila masa pula aku benci dekat kau?” – Chempaka

Sekeping nota kuning yang diterima oleh Nuqman dan tindakan curi-curi membaca diari Chempaka telah mengubah hubungan mereka sepuluh tahun dahulu.

Mereka membawa haluan hidup masing-masing sehingga takdir menemukan mereka semula di sebuah lapangan ski di Tokyo.

“Still the same Chem yang suka warna kuning dan Pikachu, huh?” – Nuqman

“And, still the same Nuqman yang suka annoy orang, huh?” – Chempaka

Namun pertemuan itu bukan sekadar kebetulan.

Nuqman membuat keputusan berpindah ke Kuala Lumpur demi berada lebih dekat dengan Chempaka.

“Kenapa kau minta transfer ke KL sedangkan kau sesuai bermastautin selamanya di Jepun?” – Chempaka

“Aku nak dekat dengan kau.” – Nuqman

Chempaka semakin keliru apabila lelaki yang sering mengusiknya itu mula menghidupkan kembali rasa yang telah lama disimpan.

Bagi Nuqman pula, cintanya tidak pernah berubah walaupun masa telah berlalu.

“If I said I never once thought about you in my life, that would be a lie.” – Nuqman

Namun kedua-duanya masih menyimpan rahsia yang belum pernah diluahkan.

Mampukah mereka melupakan masa lalu dan membina kisah cinta baharu yang seindah musim bunga?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta lama dan peluang kedua
  • Pertemuan semula selepas sepuluh tahun
  • Perasaan cinta yang terpendam
  • Rahsia, salah faham dan diari

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari kisah cinta zaman kanakkanak
  • Peminat tema pertemuan semula dan peluang kedua
  • Pembaca novel romantik dengan elemen rahsia serta salah faham
  • Peminat watak lelaki yang setia dan tidak mudah berputus asa

Maklumat Buku

  • Penulis: Yumi Hyra
  • Penerbit: Manes Wordworks
  • ISBN: 9786297782157
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan