• 9718
1

Manes Wordworks

Cinta, Untuk Sekali Lagi (Hard Cover) Oleh Lila Vee

Regular price
RM 48.00
Sale price
RM 48.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Cinta, Untuk Sekali Lagi (Hard Cover) Oleh Lila Vee

Lima tahun. Tempoh yang cukup panjang untuk seseorang melupakan cinta yang pernah bertapak dalam hati.

Namun bagi Anne Dahlia, sejauh mana dia cuba melarikan diri, kenangan itu tetap hidup dalam setiap hela nafasnya.

“You nampak benteng pasir kat tengah tu? Macam mana kuat pun ombak, macam mana deras arus sungai... dua-dua tak boleh bercantum. Sama macam kita!” – Anne

Bagi Idlan Zuhairi pula, cinta bukan sesuatu yang mudah dilepaskan.

Sekali seseorang berjaya memiliki hatinya, dia tidak pernah berniat untuk mencari pengganti walaupun wanita itu memilih untuk meninggalkannya.

“Well, there’s a weird pleasure in loving someone who doesn’t love you back.” – Alan

Kisah Anne dan Alan bukan kisah cinta yang bermula dengan pandangan pertama dan berakhir dengan bahagia.

Sebaliknya, mereka memilih membawa haluan masing-masing demi mencari kebahagiaan yang dirasakan lebih baik.

Namun, bagaimana jika semua jalan yang dipilih akhirnya membawa mereka kembali ke destinasi yang sama?

Masih adakah ruang untuk mereka menerima cinta... untuk sekali lagi?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta lama yang kembali bersemi selepas perpisahan
  • Kesetiaan terhadap seseorang yang masih dicintai
  • Konflik emosi antara melupakan dan memberi peluang kedua
  • Perpisahan, kerinduan dan kenangan masa lalu

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari kisah cinta kedua dan peluang untuk kembali bersama
  • Peminat novel romantik Melayu yang sarat dengan konflik emosi
  • Pembaca yang menyukai tema perpisahan, kerinduan dan cinta tidak berbalas
  • Pembaca dewasa yang menghargai kisah hubungan kompleks serta pilihan hidup

Maklumat Buku

  • Penulis: Lila Vee
  • Penerbit: Manes Wordworks
  • ISBN: 9786299927136
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan