• 9598
1

Fajar Pakeer

The Return of Hazrael Oleh Harleen

Regular price
RM 37.00
Sale price
RM 37.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis The Return of Hazrael Oleh Harleen

Hikayat ketiga dalam siri ini masih tentang mereka. Nampaknya, angkasa tidak pernah puas mencampakkan dua jiwa ini ke dalam neraka ilusi.

Konflik bermula apabila Hazrael pulang dari operasi Morocco, dan Naina tiba-tiba sahaja diculik.

Penculikan biasa?

Tidak.

“Hazrael? Saya dekat mana sekarang ni?” — Naina Hijannah

“Naina... you’re in North Korea.” — Neil Hazrael

“What?!” — Naina Hijannah

Benar, Naina terperangkap di Korea Utara dan ada seseorang yang ingin mencungkil kembali trauma lamanya! Memandangkan Malaysia dan Korea Utara tidak lagi mengekalkan hubungan diplomatik, maka misi untuk menyelamatkan Naina semakin kabur untuk dilaksanakan. Tambahan pula, identiti Naina tiba-tiba sahaja tidak wujud di dalam sistem.

Situasi bertambah sesak, bertambah kelam dan juga hampir tak berharapan. Lalu, Hazrael memilih untuk membuat kerja gila. Benar-benar gila.

“I’m going to North Korea, alone. I’m going to save my wife. Even if that means breaking the law, illegally and breaking into the potential enemy’s territory.” — Neil Hazrael

Ya. Hazrael merancang untuk menceroboh masuk ke sempadan Korea Utara secara haram, dan membawa pulang isterinya dengan selamat.

Adakah misi haram ini akan berhasil? Atau hanya akan membesarkan luka yang sedia ada?

Dan sekiranya Hazrael berjaya, adakah setakat itu sahaja konflik pengakhiran cinta mereka berdua?

“You can’t run from your past, and your wife is paying the price.”

Malaysia, Korea Utara serta enam peringkat yang mengancam nyawa. Barangkali, dosa Hazrael sebagai Internet Death Angel itu terlalu besar hukumannya. Sehinggakan ia menyeru kedatangan bayangan malaikat maut semula.

“Is she supposed to be his always and forever, or his greatest punishment ever?”

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Misi menyelamat dan operasi berbahaya di Korea Utara
  • Penculikan, konspirasi antarabangsa dan identiti yang dipadamkan
  • Trauma masa lalu serta kesan psikologi terhadap mangsa
  • Kesetiaan, pengorbanan dan perjuangan cinta suami isteri

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel thriller dan suspens yang menggemari jalan cerita penuh debaran
  • Peminat kisah cinta suami isteri yang diuji oleh bahaya dan pengorbanan
  • Pembaca yang menyukai tema penculikan, misi menyelamat dan operasi sulit
  • Peminat konflik psikologi, trauma masa lalu dan watak dengan sejarah gelap

Maklumat Buku

  • Penulis: Harleen
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: BBO-6736
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan