• 9634
1

Fajar Pakeer

SHE Oleh Lollysnow

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis SHE Oleh Lollysnow

Tentang jiwa yang abadi dalam bait aksara, tentang tempat yang menjadi kenangan dan tentang bahagia yang harus menelan luka.

Bahagia? Bahagia dengan rasa yang tidak layak itu sebenarnya menyakitkan kerana bahagia itu soal rasa, bukan semata-mata bersama.

Niat tulus ingin memberi bantuan malah disalah erti menyebabkan seorang gelandangan perempuan yang tiada identiti dikahwinkan dengan seorang jejaka yang sempurna hidupnya.

Qaled Zavian, dalam marah dan syak wasangka terhadap gadis asing itu, tetap ada secebis simpati. Lantas Qal reda menerima gadis gelandangan itu.

Shefrin, itulah nama yang Qal berikan. Tak dinafikan, Qal beri Shefrin rasa nyaman yang Shefrin sendiri takut andai suatu hari dia mula mendambakan kasih sayang sementara itu. Ditambah lagi, kata-kata dan perbuatan Qal bagai satu harapan menghiris hati kecilnya.

“Tak pernah saya rasa hujan boleh membahagiakan saya macam hari ini.” – Shefrin

“Tiap kali hujan, ingatlah aku. Aku akan buat kau bahagia.” – Qaled Zavian

Namun, semanis apa pun Qaled Zavian, Shefrin tetaplah orang luar.

“Saya tak buat... Saya tak tolak dia... Saya bukan pembunuh tu…” – Sherfin

Akibat tidak tahan terus-terusan dijadikan mangsa, Shefrin menghilang. Jauh daripada kehidupan Qal yang penuh racun itu. Kehilangan yang membuatkan Qal hilang arah mencari Shefrin seperti orang tiada akal.

Hinggalah Misha Kailani, pewaris Casamia muncul memberi tamparan kepada semua insan yang pernah membuli dan menghina Shefrin dahulu. Namun, Qal masih mencari …

“Aku rindukan Shefrin! Bukannya Misha!” – Qaled Zavian

Siapakah Misha dan ke mana perginya Shefrin? Dapatkah rindu itu menemui pemiliknya?

Benarkah seseorang itu akan terasa kehadirannya, ketika ia telah tiada?

Tak mati tapi dirindui. Tak hilang tapi dicari.

“Kita terlalu tamak memiliki, tapi kita lupa siapa PEMILIK kita.”

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan tanpa rela dan hubungan yang bermula dengan salah faham
  • Cinta, kasih sayang dan rasa memiliki
  • Trauma, buli serta penghinaan terhadap golongan terpinggir
  • Kehilangan, kerinduan dan pencarian insan yang disayangi

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Pembaca yang menggemari kisah perkahwinan terpaksa
  • Pembaca yang tertarik dengan tema trauma, buli dan pemulihan emosi
  • Pembaca yang suka kisah cinta penuh konflik dan salah faham

Maklumat Buku

  • Penulis: Lollysnow
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838222648
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan