• 9631
1

Fajar Pakeer

Internet Death Angel Oleh Harleen

Regular price
RM 31.00
Sale price
RM 31.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Internet Death Angel Oleh Harleen

Kaca yang retak tidak mungkin memantulkan bayangan sempurna, sebab itu kita sentiasa diberi pilihan dalam kehidupan. Dan ini... pilihan yang Naina keliru untuk putuskan.

Sangkanya, dia hanya perlu menunggu dua tahun dan mereka akan bersama semula sebagai pasangan yang sempurna.

Namun, berita Hazrael yang melarikan diri dari penjara secara tiba-tiba telah mematahkan harapan Naina. Apatah lagi dia memilih untuk kembali kepada kehidupan lamanya.

“My name is Neil Hazrael… or should I say Internet Death Angel is back?” - Neil Hazrael

Bukan itu sahaja, Hazrael juga dituduh menikam rakan satu selnya, dan dipercayai merancang sesuatu yang berbahaya kepada negara.

Naina pula... keliru. Perasaannya bercampur-baur. Hazrael lari dan menghilang, meninggalkannya seorang diri di belakang bersama satu kes yang besar.

Dia masih berharap Hazrael akan pulang, sehinggalah lelaki itu... bertindak di luar jangkaan.

“You’re my beautiful wife, until the end of time. Even after that. I’m sorry for choosing myself this time.” - Neil Hazrael

“I’m your bloody wife, Hazrael, and you betrayed me!” — Naina Hijannah

Mampukah hati ini menerima keadaan tanpa membenci kenyataan?

Dan jika Hazrael benar-benar memilih untuk kembali ke masa lalunya, apa pilihan yang tinggal untuk Naina?

“Aku rasa macam aku dah tak kenal kau, aku dah tak kenal suami aku sendiri.” - Naina Hijannah

Demi kebahagiaan yang mereka harapkan di akhir cerita, mungkin juga pilihan yang tinggal hanyalah imaginasi dan dusta semata-mata.

Is it truly forever, or is it just... over?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta dan konflik dalam perkahwinan
  • Pengkhianatan serta krisis kepercayaan
  • Pelarian penjara dan kehidupan jenayah
  • Jenayah siber serta ancaman terhadap negara

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik dengan konflik rumah tangga
  • Peminat cerita thriller dan penuh suspens
  • Pembaca yang menyukai tema jenayah siber
  • Peminat kisah pelarian, aksi dan konspirasi

Maklumat Buku

  • Penulis: Harleen
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: BBO-6609
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan