Fajar Pakeer
Taranum Lelaki Rambut Perang Oleh Usako Princessz
- Regular price
- RM 24.00
- Sale price
- RM 24.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Taranum Lelaki Rambut Perang Oleh Usako Princessz
Bodoh! Kalau Dayang Senandung tu sukakan percaturan gila kau ni, dia takkan lari dari dewan tu!
Aku berani bersumpah, kau takkan jumpa gadis tu lagi!” - SYED MUHAMMAD SYAHMI AZHARI
Dayang Senandung? Apakah hanya kesilapan lalunya yang terlalu berani membuat permintaan khas
tersebut sehingga sanggup menghukumnya sehingga kini? Gelaran sinis yang mengejek warna kulit
hitam manisnya membuat Fadillah makin tertekan.
Segalanya berubah dengan sekelip mata. Jiwa Fadillah mula berbunga mekar. Pesona Naifi bagai seorang hero yang berjaya membasuh luka nuraninya. Dia suka bila mendengarkan nada dan alunan taranum itu. Kala yang lain enak berfoya-foya membuaikan halwa telinga dengan lagu-lagu rentak terkini, dia pula selesa dengan taranum yang indah daripada sang pujaan hati.
“Game apa? Kau dah tengok sendiri malam tadi kan, aku dah proposed dia depan semua. Itu pun
kau cakap game? Kau jangan nak maki aku! Kau tak dengar ke semalam, dia juga sayangkan
aku! Kau yang tiba-tiba memekak kenapa?” - SYED MUHAMMAD NAIFI AZHARI
Hubungan cinta yang terjalin menjadi keruh tatkala gadis itu terasa dipermainkan. Fadillah mula mengatur strategi membalas semua kesumat yang dicampak lelaki itu ke jiwanya.
“Aku dengan dia tiada hubungan istimewa pun. Apa yang kau lihat itu cuma lakonan semata-mata. Tapi aku nak kau tahu sesuatu. Lakonan aku tamat malam ini. Kalau ada sesuatu yang sangat menyakitkan hati kau nanti, percayalah, itu hanya lakonan berbayar.” – FADILLAH MARISSA
Segalanya yang berawal sebagai suatu permainan akhirnya menjerut diri sendiri. Mencintai dalam masa yang sama mempermainkan gadis itu. Naifi bagai tersungkur di dalam perangkapnya sendiri.
Bila rasa dendam menguasai, untuk apa mempertahankan sebuah kejujuran yang tak pastI?
Adakah cinta sebenar antara Fadillah dan Naifi itu benar-benar ada atau angan-angan yang berlalu pergi?
Hanya kerana 99% perasaan benci, melenyapkan baki 1% kasih dek kerana dendam.
Jika dibuang yang benci, sekelumit baki sayang yang tersorok itu pasti akan bercambah mendominasi seluruh rasa menjadi satu naluri yang suci.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Percintaan dan konflik hubungan
- Permainan emosi, lakonan dan salah faham
- Dendam serta strategi pembalasan
- Luka masa lalu, penghinaan fizikal dan penerimaan diri
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik Melayu
- Peminat kisah cinta penuh konflik dan salah faham
- Pembaca yang menyukai tema dendam, permainan emosi dan pembalasan
- Peminat watak utama yang terluka tetapi kuat menghadapi tekanan
Maklumat Buku
- Penulis: Usako Princessz
- Penerbit: Fajar Pakeer
- ISBN: 9789838221085
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg