• 9506
1

Fajar Pakeer

Dari Kanvas Putih Oleh Usako Princessz

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Dari Kanvas Putih Oleh Usako Princessz

Obsesi! Jumud! Dakar!

Tiga kata pemeri bagi pemilik tubuh genit bermata bundar itu. Tanpa sekelumit lelah dan mengah, dia terus mengejar sang teruna idaman dengan sejuta lagam dan ragam.

“Nun nak buat kejutan. Nun nak masuk melamar abang,” – SITI HANUN HIDAYAH

Bola mata jejaka itu membuntang luas. Tingkah Hanun luar biasa. Memecah adat yang menjadi warisan. Dia yang sudah punya pilihan mula rimas dan lemas. Amaran demi amaran terus diberi. Namun, Hanun tekal memburu.

"Berapa kali abang nak beritahu? Susah bercakap dengan orang berkepala batu ni. Tak faham-faham! Abang penatlah Nun, serius penat dengan perangai terhegeh-hegeh macam ni!” – TAUFIQ AL NAFIZ

Umpama pisau wali tajam yang menyobek kayu, kata-kata yang terpacul itu menusuk hingga ke relung hati. Hanun terluka teruk. Pedih! Darah yang membuak tak terzahir dengan pandangan majazi. Dia nekad untuk pergi.

Muncul jejaka manis yang sudi membalut rawan. Namun, kala hati si gadis mula terawat, Nafiz pula yang gila bayang.

Kelibat Hanun yang tiba-tiba menghilang serta panggilan yang sepi tanpa khabar membuatkan jemarinya mula kaku.

Obsesi kini berubah menjadi inspirasi. Rindu yang bertandang menyelubungi nubari.

Namun, hikmahnya aturan yang menjadi belenggu hidup sekian lama berjaya dinyah jauh ke lautan. Dia bulat hati untuk mengejar semula cinta Hanun.

Tetapi….

Berbaloikah dia yang mengorbankan cita demi cinta? Bila kejujuran cuba dinafikan, mampukah hati untuk terus berpura-pura?

Sekeping kanvas putih yang telah ternoda dengan rona, takkan mampu dimurnikan semula. Sama seperti papan yang telah tembus dengan silatan ukiran takkan boleh menjadi licin dan rata bak asal kejadiannya.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta bertepuk sebelah tangan dan penolakan perasaan
  • Obsesi, ketekunan dan batas dalam mengejar cinta
  • Luka hati, proses penyembuhan dan peluang cinta baharu
  • Konflik antara citacita, cinta dan pengorbanan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Pembaca yang menggemari kisah cinta bertepuk sebelah tangan
  • Pembaca yang suka tema peluang kedua dan cinta lama
  • Pembaca yang berminat dengan konflik emosi serta perkembangan watak

Maklumat Buku

  • Penulis: Usako Princessz
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838221627
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan