Penulisan2u
Dia Helena Isabella Oleh Azimah Lily
- Regular price
- RM 24.00
- Sale price
- RM 24.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Dia Helena Isabella Oleh Azimah Lily
HELENA ISABELLA gadis kacukan Melayu Sepanyol yang membesar di luar negara. Selepas tamat pelajaran, Helena mengambil keputusan bekerja di Malaysia. Atas faktor kerja, Helena menyewa di rumah sewa Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah sehingga projek syarikatnya di utara semenanjung tamat. Mulanya Helena kekok tetapi Helena belajar sesuaikan diri dengan suasana kampung yang begitu asing baginya.
Kehadiran tetamu di rumah Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah tidak disenangi oleh Helena. Lebih-lebih lagi tetamu itu buatkan Helena mengimbau kembali peristiwa hitam 17 tahun yang lalu yang menimpa dirinya.
“You again! I remember you. Airport? KLIA Airport, remember?” – AHMAD FALIQ
“Salah orang kut.” – HELENA ISABELLA
Helena berpura-pura tak mengenali Faliq. Dalam diam, gelagat Faliq sepanjang tinggal di situ diperhatikan. Helena mula syak yang Faliq ada niat tak baik pada Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah malah Helena bimbang jika Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah menerima nasib yang sama seperti dirinya.
“Kau dengar sini baik-baik, aku akan sentiasa perhatikan kau.” – HELENA ISABELLA
“Kalau macam ni selalu, macam mana aku nak laksanakan plan aku?” – AHMAD FALIQ
Sikap dingin Helena terhadapnya menyebabkan Faliq sendiri tertanya-tanya. Hanya Helena seorang saja yang tidak mengalu-alukan kedatangannya. Di mata Helena, apa saja yang Faliq buat ada saja benda yang tak kena.
Apakah sebenarnya tujuan Faliq datang ke rumah Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah? Mampukah Helena bongkar rahsia Faliq? Dan apa sebenarnya terjadi antara Faliq dan Helena tujuh belas tahun yang lalu?
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Kisah cinta dan pertemuan semula selepas 17 tahun
- Trauma serta rahsia masa lalu yang menghantui kehidupan Helena
- Penyiasatan terhadap niat dan identiti sebenar Ahmad Faliq
- Kehidupan menyesuaikan diri dalam suasana kampung
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik dengan elemen misteri
- Peminat kisah cinta yang melibatkan rahsia masa lalu
- Pembaca yang gemarkan watak wanita berani dan berwaspada
- Peminat konflik keluarga, kepercayaan dan pengkhianatan
Maklumat Buku
- Penulis: Azimah Lily
- Penerbit: Penulisan2u
- ISBN: 9789672102991
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg