• 8571
1

Penulisan2u

Jujur Hatiku Untukmu Oleh Azimah Lily

Regular price
RM 32.00
Sale price
RM 32.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Jujur Hatiku Untukmu Oleh Azimah Lily

“Kita jumpa lagi kat sini. Garam di laut, asam di gunung bertemu dalam belanga juga. Berjodoh betul. Kan Cahaya, kan?” -Adib Huzairi

“Hebat betul taste janda macam kau ni, kan?” -Ainil

“Sebab saya jandalah kak, taste saya kena tinggi sikit.” -Cahaya

Cahaya ini, benci betul kalau orang memandang rendah kepadanya hanya kerana dia menyandang gelaran janda. Salah ke kalau dia itu janda kerana kematian suami!

Dihimpit dengan desakan keluarga Aizul yang mahu menyatukan mereka berdua, Cahaya jadi rimas. Mujurlah Adib itu selalu jadi penyelamat, selalu jadi hero untuk dia dan Fifi.

“Mama, boleh ke Uncle Adib jadi papa Fifi?” -Fifi

Adib itu akhirnya suka, sayang dan mahukan Cahaya. Tapi dia takut untuk berterus terang dengan emaknya yang terlalu tegas. Roza itu kan anti dengan budak-budak. Fifi nanti mesti akan sepahkan rumah dan nanti rumahnya mesti akan berhabuk. Eee, Adib nak kahwin dengan janda beranak satu?!

“Baiklah, mak setuju Adib kahwin dengan Cahaya. Tapi dengan satu syarat. Lepas Adib kahwin, Fifi tak boleh selalu ada kat rumah mak. Tak boleh!” -Roza

Sukarnya untuk Cahaya dan Adib menyemai kasih andai emak sebegitu dengan Fifi.

“Ya Allah, Engkau lembutkanlah hati Mak Tok Roza yang keras macam batu itu. Mak tok mesti kena sayang dengan Fifi.” -Fifi

Apakah sebenarnya suratan takdir hidup Cahaya dan Fifi, menumpang kasih seorang lelaki yang sepenuh hati menyayangi mereka. Adakah menjadi janda beranak satu itu merupakan satu kesalahan?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta dan perkahwinan semula selepas kehilangan pasangan
  • Cabaran serta stigma terhadap janda beranak satu
  • Kasih sayang ibu tunggal dan anak
  • Konflik keluarga dalam hubungan percintaan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta Melayu berunsurkan emosi
  • Pembaca yang tertarik dengan kisah ibu tunggal dan janda beranak satu
  • Pembaca yang menyukai tema cinta selepas kehilangan pasangan
  • Pembaca yang gemar konflik keluarga dan tentangan restu

Maklumat Buku

  • Penulis: Azimah Lily
  • Penerbit: Penulisan2u
  • ISBN: 9789674691585
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan