Karyaseni
Dia Ketuk Pintu Hatiku Oleh Azimah Lily
- Regular price
- RM 23.00
- Sale price
- RM 23.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Dia Ketuk Pintu Hatiku Oleh Azimah Lily
Nur Hasliya meneruskan hidup dalam trauma yang dihadapinya setelah terselamat daripada kemalangan ngeri. Pintu hatinya untuk lelaki tertutup setelah kejadian ngeri tersebut. Namun, kehadiran Adli, merangkap sahabat abang kembarnya mengetuk hatinya untuk jatuh cinta lagi. Shahrul Adli melarikan diri ke Perlis setelah cintanya dikhianati kekasih hati, Rita dan abangnya sendiri. Namun, ketika hatinya kian terubat, Rita hadir menagih kembali cintanya. Adli buntu. Tiada siapa yang boleh membantunya melarikan diri daripada pujuk rayu Rita melainkan Liya.
“Ini Liya. Bakal isteri aku. Kami akan bertunang dan berkahwin tak lama lagi. I dah move on. So kita masing-masing ikut haluan sendiri. So, jangan buat kecoh di sini.” – SHAHRUL ADLI
“So nak buat macam mana sekarang ni?” – NUR HASLIYA
“Kita kahwin!” – SHAHRUL ADLI
Kerana budi, Liya sanggup menerima cadangan Adli untuk mengahwininya walaupun dia tahu hati Adli hanya untuk Rita. Sehinggalah pada hari janji terpateri, Adli melarikan diri bersama Rita. Liya kelu seribu bahasa. Bagaimana mampu dia mengharungi hidup dengan tohmahan orang kampung sekali lagi? Setelah mengetahui cerita sebenar, Adli menjejaki Liya sehingga ke rantau orang.
“Hati manusia ni kompleks. Sekarang dia cakap cinta. Esok lusa cakap simpati pula. Cukuplah sekali hati aku disakiti dan dikhianati. Kepercayaan aku kat dia dah hilang. Dia cakap apa-apa pun aku dah tak percaya. Sekarang ni, aku nak fokus kat diri aku sendiri. Aku tak nak fikir pasal orang lain. Aku harap sangat hangpa semua faham.” – NUR HASLIYA
Dapatkah Liya terima Adli semula? Adakah cinta atau simpati yang dirasai oleh Adli selepas mengetahui cerita sebenar? Berjayakah Adli mengetuk pintu hati Liya buat kali kedua? Kerana budi, aku jatuh hati...
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Trauma dan proses pemulihan emosi selepas kemalangan
- Pengkhianatan cinta dan kehilangan kepercayaan
- Perkahwinan atas dasar pertolongan dan perjanjian
- Cinta bersegi tiga serta konflik dengan kekasih lama
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik Melayu
- Pembaca yang gemarkan kisah cinta selepas trauma
- Pembaca yang menyukai tema perkahwinan terpaksa atau perkahwinan atas perjanjian
- Pembaca yang tertarik dengan konflik pengkhianatan dan cinta lama
Maklumat Buku
- Penulis: Azimah Lily
- Penerbit: Karyaseni
- ISBN: 9789674691035
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg