• 8148
1

Fajar Pakeer

Taranum Lelaki Rambut Perang Oleh Usako Princessz

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Taranum Lelaki Rambut Perang Oleh Usako Princessz

Taranum Lelaki Rambut Perang karya Usako Princessz membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Kala. Kalau Dayang Senandung tu sukakan percaturan gila kau ni, dia takkan lari dari dewan tu! Aku berani bersumpah, kau takkan jumpa gadis tu lagi!” - SYED MUHAMMAD SYAHMI AZHARI Dayang Senandung? Apakah hanya kesilapan lalunya yang terlalu berani membuat

Sinopsis Novel Taranum Lelaki Rambut Perang

Bodoh! Kalau Dayang Senandung tu sukakan percaturan gila kau ni, dia takkan lari dari dewan tu!
Aku berani bersumpah, kau takkan jumpa gadis tu lagi!” - SYED MUHAMMAD SYAHMI AZHARI

Dayang Senandung? Apakah hanya kesilapan lalunya yang terlalu berani membuat permintaan khas
tersebut sehingga sanggup menghukumnya sehingga kini? Gelaran sinis yang mengejek warna kulit
hitam manisnya membuat Fadillah makin tertekan.

Segalanya berubah dengan sekelip mata. Jiwa Fadillah mula berbunga mekar. Pesona Naifi bagai seorang hero yang berjaya membasuh luka nuraninya. Dia suka bila mendengarkan nada dan alunan taranum itu. Kala yang lain enak berfoya-foya membuaikan halwa telinga dengan lagu-lagu rentak terkini, dia pula selesa dengan taranum yang indah daripada sang pujaan hati.

“Game apa? Kau dah tengok sendiri malam tadi kan, aku dah proposed dia depan semua. Itu pun
kau cakap game? Kau jangan nak maki aku! Kau tak dengar ke semalam, dia juga sayangkan
aku! Kau yang tiba-tiba memekak kenapa?” - SYED MUHAMMAD NAIFI AZHARI

Hubungan cinta yang terjalin menjadi keruh tatkala gadis itu terasa dipermainkan. Fadillah mula mengatur strategi membalas semua kesumat yang dicampak lelaki itu ke jiwanya.

“Aku dengan dia tiada hubungan istimewa pun. Apa yang kau lihat itu cuma lakonan semata-mata. Tapi aku nak kau tahu sesuatu. Lakonan aku tamat malam ini. Kalau ada sesuatu yang sangat menyakitkan hati kau nanti, percayalah, itu hanya lakonan berbayar.” – FADILLAH MARISSA

Segalanya yang berawal sebagai suatu permainan akhirnya menjerut diri sendiri. Mencintai dalam masa yang sama mempermainkan gadis itu. Naifi bagai tersungkur di dalam perangkapnya sendiri.

Bila rasa dendam menguasai, untuk apa mempertahankan sebuah kejujuran yang tak pastI?

Adakah cinta sebenar antara Fadillah dan Naifi itu benar-benar ada atau angan-angan yang berlalu pergi?

Hanya kerana 99% perasaan benci, melenyapkan baki 1% kasih dek kerana dendam.

Jika dibuang yang benci, sekelumit baki sayang yang tersorok itu pasti akan bercambah mendominasi seluruh rasa menjadi satu naluri yang suci.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Taranum Lelaki Rambut Perang

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Usako Princessz

  • Dari Kanvas Putih Terbitan April 2022
  • Kasam Renjana Sang Pendekar