• 9308
1

Fajar Pakeer

Kasam Renjana Sang Pendekar Oleh Usako Princessz

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Kasam Renjana Sang Pendekar Oleh Usako Princessz

Kesetiaan yang teguh bagai dimeteri dengan tembaga yang tak mudah dicairkan!

Takdir Tuhan, resipi turun-temurun itu sekali lagi melakar memori, merekat dua hati. Dua anak muda berdarah pendekar itu akhirnya bertemu kembali setelah bertahun-tahun terpisah dek parut lama yang merantai keluarga. Di kala dua hati sudah berjanji untuk sehidup semati, taufan kuat tiba-tiba membadai lagi hubungan mereka.

“Aku bukan menantu pilihan. Hanya seorang gadis yang tersua-suakan anak teruna orang!" - SYANIL SUHAILA

Si gadis mula rasa rendah diri lantaran calon menantu yang menjadi pilihan adalah daripada darah daging sendiri. Rasa tersisih sehingga pujuk rayu daripada sang teruna pun tidak mampu merawat keadaan. Dia hampir-hampir tunduk dengan plot yang diatur.

“Segala keturunan kau takkan aku biarkan bersatu dengan keturunan Rohaila!” - WAK LAZIM

Kemunculan semula pendekar bertopeng di tengah-tengah konflik keluarga itu merungkai misteri keluarga. Namun, sang teruna tetap ampuh dengan jati diri. Cinta sucinya akan terus diperjuangkan!

“Aku bersumpah demi Allah! Kau akan gagal kali ini Wak Lazim!

Percaturan syaitan ini hanya sia-sia!” - ISMI ZULKARNAIN.

Ternyata, kesungguhan cinta tidak semudah kata-kata yang terungkap. Apabila pertarungan yang bermandikan darah membenarkan amaran, tegarkah nyawa srikandi dan kesatria yang menjadi taruhan?

Sekali lagi, kedua-duanya ditantang dengan fitnah besar daripada jurus hitam yang sama. Kisah silam yang tragik mahu diulang. Kiranya jurus ampuh yang diandalkan, mampukah memadam kasam renjana sang pendekar?

Berupayakah kasih yang bertaut dipertahankan hingga ke akhir garisan? Atau denai itu sekali lagi akan menjadi saksi?

Kerana dendam dan cemburu yang menguasai, luka lama yang akan berdarah kembali.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta sejati dan kesetiaan antara dua insan
  • Konflik keluarga serta perkahwinan yang tidak direstui
  • Dendam lama dan permusuhan antara keturunan
  • Pendekar, pertarungan silat dan misteri pendekar bertopeng

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel Melayu yang menggemari kisah cinta penuh cabaran
  • Peminat cerita konflik keluarga dan perkahwinan tidak direstui
  • Pembaca yang menyukai unsur pendekar, silat dan pertarungan
  • Peminat kisah dendam lama, fitnah serta rahsia keturunan

Maklumat Buku

  • Penulis: Usako Princessz
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838222235
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan