• 8244
1

Karyaseni

Andainya Takdir 2 Oleh Wan Mahani Wan Hassan

Regular price
RM 36.00
Sale price
RM 36.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Andainya Takdir 2 Oleh Wan Mahani Wan Hassan

Terkadang bukan kenangan buruk dengan seseorang yang buatkan kita sangat terluka... Tapi kenangan indah bersamanya yang tak mampu kita lupakan.

Perceraian Airil dan Fatihah menjadikan hidup Airil terumbang-ambing, tidak mampu menerima hakikat Fatihah bukan lagi isterinya dan berjauhan dengan Aleeya. Hidup Fatihah tidak aman apabila Airil terus mencampuri segala urusannya. Akhirnya Fatihah terpaksa membuat keputusan berpindah ke Terengganu membuatkan Airil hidup dalam memori. Fatihah didekati oleh dua lelaki lain, Nizam dan Hafiz membuatkan Airil berusaha mendapatkan rawatan bagi penyakit yang baru disedarinya. Dia takkan biarkan Fatihah dimiliki lelaki lain. Segala usaha dilakukan agar Fatihah kembali kepadanya.

“Rindu ini jahat... Abang tak tau macam mana nak kurangkannya. Sebab... Setiap masa makin bertambah...”
Namun segala usaha itu makin menyesakkan jiwa Fatihah. Walaupun jauh dalam sudut hatinya masih ada cinta namun ego tetap menguasai diri. Malah kesusahan hidup sebagai ibu tunggal merubah jiwa wanitanya menjadi lebih ego dan keras. Akhirnya Fatihah cuba menerima Hafiz, lelaki yang hadir dengan sifat sabar dan tenang yang tinggi.

“Betul ke Tihah langsung tak nak abang ada dalam hidup Tihah?”
“Ya! Saya nak mulakan hidup baru! Bukan dengan awak! Tapi dengan Hafiz! Dan awak pun patut bina hidup baru awak sendiri!”
“Tihah... Tihah...”

Demi menidakkan rasa cintanya terhadap Fatihah, Airil juga cuba untuk menerima Sofea, wanita yang banyak membantu dan berkorban untuknya. Namun mampukah takdir menyatukan mereka andai cinta masih berada di dalam hati manusia yang pernah menyakiti mereka?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Kesan perceraian terhadap emosi dan kehidupan bekas pasangan
  • Cinta lama, rindu dan peluang kedua
  • Cabaran hidup sebagai ibu tunggal
  • Konflik ego, luka hati dan kesukaran memaafkan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel cinta Melayu yang menggemari kisah percintaan penuh konflik
  • Pembaca yang meminati tema perceraian dan peluang kedua dalam hubungan
  • Pembaca yang tertarik dengan kisah ibu tunggal serta perjuangan membina hidup baharu
  • Peminat cerita cinta segi tiga dan dilema memilih pasangan

Maklumat Buku

  • Penulis: Wan Mahani Wan Hassan
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789674690885
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan