• 8243
1

Karyaseni

Andainya Takdir Oleh Wan Mahani Wan Hassan

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Andainya Takdir Oleh Wan Mahani Wan Hassan

Bersediakah hati mendakap suratan?

Penyakit cemburu buta Airil yang menimbulkan barannya menyebabkan rumah tangga mereka berada di hujung tanduk. Hampir tiga tahun menanggung derita, kesabaran Fatihah sudah sampai pada hadnya. Sementelah lagi campur tangan daripada Normah, mak Airil dalam rumah tangga mereka, makin memarakkan api kehancuran sebuah masjid yang awalnya terbina dari rasa cinta suci.

“Selagi ada cinta, berjanjilah yang Tihah akan bertahan dalam apa jua keadaan pun. Tihah bahagia kan dengan abang?” - Airil

“Bahagia itu bukan bermakna memiliki semua yang kita cintai. Tapi mencintai semua yang kita miliki.”- Fatihah

Ya dan selagi ada cintalah, Fatihah masih terus memberi harapan dan kemaafan kepada Airil. Biarpun beratus sepak terajang singgah di tubuhnya, namun segala kesakitan itu lenyap tatkala Airil merayu memohon ampun daripadanya.

“Ampunkan abang, Tihah. Cakaplah... Jangan hilangkan suara Tihah dari pendengaran abang... Jangan butakan mata untuk abang... Tolonglah...” - Airil

Begitulah setiap kali tubuh Fatihah dibelasah, kata-kata rayuan dan kesalan terbit dari lelaki berjiwa penyayang dan romantik itu. Namun bila cemburunya datang, dia mampu berubah menjadi raksasa paling menakutkan. Fatihah terus menitipkan kata semangat. Berharap dan terus berharap agar lelaki yang pernah dicintainya itu berubah.

“Entah-entah dia ada skandal dengan bomoh ke ustaz tu. Yalah nak bolot duit abang, kan? Macam-macam boleh jadi kalau sebab duit ni!” - Norlin

“Kalau ada yang tak cukup, bagi tau aje pada Airil, Tihah. Tak payah nak main bomoh-bomoh macam ni. Kau tu nampak alim, selalu tazkirah kan orang tapi diri sendiri? Syirik!” - Normah

Hasutan serta fitnah daripada ahli keluarga sendiri menyebabkan rantai ikatan sesebuah perkahwinan mampu putus. Justeru, mampukah mereka pertahankan cinta dan mahligai pernikahan mereka andai takdirnya cinta itu bersulam derita yang tak berkesudahan?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Konflik rumah tangga akibat cemburu buta dan keganasan rumah tangga
  • Kesetiaan, pengorbanan dan batas kesabaran dalam perkahwinan
  • Campur tangan keluarga, hasutan dan fitnah
  • Kesan trauma emosi serta penderaan fizikal terhadap mangsa

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca wanita yang menggemari novel cinta dan drama rumah tangga
  • Peminat kisah perkahwinan yang penuh konflik emosi
  • Pembaca yang berminat dengan tema keganasan rumah tangga dan penderaan emosi
  • Peminat novel Melayu berunsur keluarga, fitnah dan campur tangan mentua

Maklumat Buku

  • Penulis: Wan Mahani Wan Hassan
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789674690878
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan