• 1194
1

Karyaseni

Terlanjur Mencintaimu Oleh Syamnuriezmil

Regular price
RM 18.00
Sale price
RM 18.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Terlanjur Mencintaimu Oleh Syamnuriezmil

Cinta itu mudah datang kepada sesiapa yang bersedia menerima cinta
Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?
Johan Iskandar :

"Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!"


Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?
Tengku Hanis Zulaikha :

"Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!"


Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?

"Ini mesti nak mengusik abang kan? Muka jahat tu.. abang tahu!" Johan meletakkan tangannya ke bahu Tengku Hanis.
Tengku Hanis tergelak-gelak.

"Itulah Cik Intan yang memikat hati Encik Johan selama ni ya."
"Salahlah... Cik Intan yang terpikat dengan Encik Johan!"
"Perasaan lah abang ni! Manis orangnya..."
"Memanglah, taste suami Ika ni semua yang hebat-hebat! Tengok oranglah..." Johan mendabik dada.
"Apa perasaan bila abang terjumpa dengan dia? Jawab betul-betul, tak mau main-main" tanya Tengku Hanis serius.
"Seronok."
"Hah! Seronok?" Tengku Hanis memukul peha Johan. Johan mengaduh sakit.
"Ye lah seronoklah jumpa kawan lama. Takkan nak menangis pula macam orang tu!" Johan mengusik isterinya.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan paksa akibat wasiat keluarga
  • Cinta yang tumbuh selepas perkahwinan
  • Konflik rahsia dan sebab sebenar perkahwinan
  • Ketakutan ditinggalkan, rasa cemburu dan kerinduan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat kisah kahwin paksa
  • Pembaca yang menyukai tema cinta selepas perkahwinan
  • Peminat drama keluarga, wasiat dan rahsia masa lalu

Maklumat Buku

  • Penulis: Syamnuriezmil
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789670246000
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan