• 9517
1

Fajar Pakeer

Sentuhan Sang Maharani Oleh Qstnaafrn

Regular price
RM 33.00
Sale price
RM 33.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sentuhan Sang Maharani Oleh Qstnaafrn

Sentuhan Sang Maharani karya Qstnaafrn membawa pembaca menyelami kisah cinta yang diberi peluang kedua. Kisah ini berpusat pada Wang. Bagaikan pedang yang ditempa derita, mengharungi hidup dengan keberanian seorang pejuang. Dia menahan segala pandangan sinis dunia. Wang mungkin bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan wang. Apakah cinta itu satu keperluan bagi seorang wanita yang sudah

Sinopsis Novel Sentuhan Sang Maharani

Bagaikan pedang yang ditempa derita, mengharungi hidup dengan keberanian seorang pejuang. Dia menahan segala pandangan sinis dunia. Wang mungkin bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan wang. Tetapi cinta? Apakah cinta itu satu keperluan bagi seorang wanita yang sudah terbiasa mengharungi hidup sendirian?

Bertahun dia melangkah sendiri, percaya bahawa cinta bukanlah sesuatu yang layak dimiliki oleh wanita sepertinya. Namun, garis takdirnya sering mengatur sesuatu yang di luar jangka.

"Aku tak kisah kau nak tipu ke apa. Tapi kalau aku tahu kau ada niat untuk pecah belahkan kami, aku takkan teragak-agak campak kau dari tingkat atas ni. Jangan cabar aku.” - Izzati Hanani

Kadangkala, masa lalu adalah hantu yang paling setia. Tidak pernah meninggalkan kita, walau diusir seribu kali.

“It’s so funny when you look so desperate. Tak tahu malu ke minta tolong orang yang kau cari pasal?” - Wafiy Hanafi

Adakalanya, untuk mencintai, kita harus rela membiarkan sebahagian diri kita mati. Di antara dua lautan; kesetiaan kepada ibu dan cintanya terhadap sang pujaan hati, terperangkap dalam dilema yang memerlukan pengorbanan.

Adakah cinta mereka kuat untuk mengatasi hasad yang meresap tanpa disedari, atau akankah mereka hancur oleh sesuatu yang lebih halus dan tidak nyata di mata, namun terus menghakis kebahagiaan?

Benarkah yang berani mencintai tanpa syarat adalah yang paling kuat?

Di dalam dunia yang penuh dengan tipu daya dan pengkhianatan, dia belajar bahawa kekuatan sebenar bukanlah berapa kali kita jatuh, tetapi kemampuan kita untuk bangkit semula.

“Promises are not measured by the eloquence of words, but by the steadfastness of actions.”

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Sentuhan Sang Maharani

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Qstnaafrn

  • Where Moon Meets Dawn
  • Nirmala Kasih Hanan