Fajar Pakeer
Where Moon Meets Dawn Oleh Qstnaafrn
- Regular price
- RM 33.00
- Sale price
- RM 33.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Where Moon Meets Dawn Oleh Qstnaafrn
Dalam dunia yang memuja darah dan keturunan, kebenaran sering dijatuhi hukuman. Satu tuduhan mampu meruntuhkan maruah, dan satu keputusan mampu memadam seluruh masa depan.
Pada hari yang sepatutnya menyatukan cinta dan restu, langit hidup Aurora Raihana runtuh. Bukan kerana dosa yang dilakukannya, tetapi kerana asal-usul yang tidak pernah dipilih.
Sejak hari itu, Aurora belajar bahawa hidup bukan tentang diterima, tetapi tentang bertahan walaupun dipijak tanpa belas kasihan.
“If you dare force me, I’ll make sure even your dead body won’t speak for your justice.” - Aurora Raihana
Ian Purnama pula hadir dengan ego yang menjengkelkan. Namun di sebalik sikap selambanya, dia menyimpan kesetiaan yang tidak banyak bicara serta disiplin yang hanya difahami oleh mereka yang hidup dengan senjata dan arahan.
Daripada pertemuan yang penuh perbalahan, mereka akhirnya terjerumus ke dalam konflik yang jauh lebih berbahaya daripada sekadar masalah keluarga dan keturunan.
“Don't make me choose, sebab kau dan kerja dua-dua adalah tanggungjawab. Dan aku tak mampu khianati kedua-duanya.” – Ian Purnama
Misi demi misi menjadi semakin berbahaya. Setiap operasi membawa pulang sama ada kemenangan, kecederaan atau khabar duka yang sukar diterima.
Ketika itu muncul seorang figura misteri bernama Sarkar yang membawa persoalan dan ancaman baharu. Seorang lelaki yang percaya bahawa keadilan tidak lagi wujud dan memilih untuk mencipta hukumnya sendiri.
“Selamat tinggal, Viking. Aku harap satu hari nanti... bila giliran kau semua datang, kau akan tahu rasa hilang yang tak ada dalam manual operasi.” – Sarkar
Apakah kehilangan yang mahu diwariskan oleh Sarkar sehingga peperangan tidak lagi berkisar tentang negara dan musuh semata-mata?
Dan apabila tiba saat paling gelap dalam hidup mereka, mampukah Aurora dan Ian mempertahankan cinta yang telah dibina di tengah-tengah peperangan dan pengorbanan?
“Dalam seribu medan, hanya pelukan langit yang bulan mahu kembali.”
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta dan kesetiaan dalam dunia ketenteraan
- Konflik keluarga, keturunan dan diskriminasi asalusul
- Pengorbanan serta tanggungjawab antara cinta dan tugas
- Misi berbahaya, peperangan dan operasi ketenteraan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik yang menggemari hubungan penuh konflik
- Peminat kisah ketenteraan, operasi khas dan peperangan
- Pembaca yang tertarik dengan tema keluarga, maruah dan keturunan
- Peminat watak utama wanita yang berani, tegas dan berdaya tahan
Maklumat Buku
- Penulis: Qstnaafrn
- Penerbit: Fajar Pakeer
- ISBN: 9789838223713
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg