Booku Enterprise
Milik Engkau Saja Oleh Acik Lana
- Regular price
- RM 38.00
- Sale price
- RM 38.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Milik Engkau Saja Oleh Acik Lana
Darlina si gadis 'forever alone' sudah bertahun-tahun hidup terasing di bumi sendiri. Kenapa? Sebab dulu dia pernah buat gempar satu Malaysia dengan perangai tak senonoh yang sangat memalukan. Kesannya? Dia dibuang keluarga, dipinggir ramai kawan, hilang privasi, dan masa depannya dah confirmed gelap!
Namun pertemuan tak sengaja bersama seorang pemuda bernama Izz Ariff di pet shop tempatnya bekerja membuatkan Darlina terpegun. Lelaki handsome, maco, gagah perkasa tapi boleh menangis sebab seekor kucing? Oh my, lembutnya hati!
"Please, please do something untuk selamatkan dia..." ~ Izz Ariff
"Encik, I bukan veterinarian. I memang tak boleh tolong you..." ~ Darlina
Dalam pada tak boleh tolong, akhirnya Darlina tertolong juga. Dan permulaan itu memutikkan keintiman yang ternyata berjaya mengubah jalan hidupnya. Sedikit demi sedikit sinar kebahagiaan mula menjengah ke hati. Tapi dari gelaran best friend, kini Iz Ariff menuntut sesuatu yang lebih istimewa. Nak jadi boyfriend pula! Alahai, apa dia nak buat kalau Iz Ariff si 'putera' tampan yang super caring sudah sekian lama menjadi milik si puteri kayangan? Layak ke dia yang serba hina ini nak bersaing merebut kasih?
Walaupun bahagia dengan kehadiran Iz Ariff, jiwa Darlina masih bergolak hebat. Selagi mama dan papa tak mengampunkan dosa-dosanya, selagi itulah dada sesak mengatur nafas. Takkanlah sampai ke akhir hayat dia nak hidup dengan award 'Anak Paling Memalukan'? Dia tak nak! Tapi macam mana dia ingin memohon ampun dan maaf kalau muka dia pun mama dan papa tak sudi nak pandang?
Pening kepala dengan masalah keluarga satu hal, kesabaran Darlina diuji pula dengan dengan perangai si 'madu tak jadi' yang asyik mencari fasal. Gadis bernama Irina itu memegang dendam dan sering mencari peluang untuk menyakiti perasaannya. Penat sungguh apabila diuji dari satu ujian ke satu ujian.
Dan di akhir cerita, mampukah Darlina yang popular dengan jolokan 'Darlina Newcastle' hidup bahagia semula? Atau dia perlu kembali bersembunyi dan meratap kesal sampai ke hari tua?
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Kisah cinta dan hubungan romantik antara Darlina dengan Izz Ariff.
- Perjuangan mendapatkan semula kasih sayang serta pengampunan keluarga.
- Penebusan kesilapan masa lalu dan usaha membina kehidupan baharu.
- Konflik emosi, rasa rendah diri dan penerimaan terhadap diri sendiri.
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang menggemari novel cinta Melayu dengan watak lelaki penyayang.
- Peminat kisah cinta yang berdepan konflik keluarga dan persaingan.
- Pembaca yang suka tema penebusan diri serta peluang kedua dalam kehidupan.
- Pembaca novel ringan dengan unsur humor, emosi dan drama percintaan.
Maklumat Buku
- Penulis: Acik Lana
- Penerbit: Booku Enterprise
- ISBN: 9789671286012
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg