• 8554
1

Fajar Pakeer

Seperti Kisah Indah Oleh Richie Rachman

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Seperti Kisah Indah Oleh Richie Rachman

Bahagia yang diimpi, derita yang menghampiri. Begitulah perjalanan awal hidup seorang Katrina.

Ketika mengenali cinta pertama, dia bagaikan alpa dengan tujuan hidupnya. Keluarga tersayang dimusuhi saat hasratnya ditentang. Belum sempat dikhabarkan tentang benih cinta yang sedang membesar di rahimnya, sang suami menyepi setelah kembali ke tanah airnya. Tinggallah dia sendirian berjuang untuk hidup dengan anak yang dikandung.

Aturan-Nya, dikirim seorang malaikat bernama Mustaqim saat kehilangan. Lalu Katrina akur pada kehendak takdir demi seorang makhluk kecil yang diberi nama Indah Sephia.

Biarpun dibesarkan dengan penuh perhatian dan kasih sayang, namun jauh di sudut hati, ada kekosongan yang dirasakan. Akhirnya dia nekad menjejak kasih hingga ke luar negara.

Misi yang dirancang menemukan Indah dengan dua jejaka yang tak kurang hebatnya. Irfan yang manis dan sanggup berkorban nyawa; Ramzan jejaka militan yang bengis tetapi sangat melindungi.

I ikhlas menawarkan diri kerana mahu melindungi you and memastikan keselamatan you. - IRFAN

Jika harapan itu menjadi kenyataan, aku bersumpah akan terus setia menjaga kamu sehingga maut menjemput kita. – RAMZAN

Hatiku tahu, siapa akan menjadi pemenangya… - INDAH

Berjayakah Indah merealisasikan misinya menjejaki orang yang paling penting dalam hidupnya apabila dia menjadi mangsa penculik kumpulan militan?

Atau dia harus melupakan segala-galanya dan mencari jalan pulang ke pangkuan keluarga?

Mampukah pintu yang terkunci rapat terbuka untuk memberi sedikit sinar walaupun cuma seketika?

Jika ini adalah permintaan terakhir. Semoga satu hari nanti kau mengerti, sesuatu yang indah tidak selamanya menyatu, ia akan tenggelam bersama kelamnya waktu.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta, pengorbanan dan kesetiaan
  • Konflik keluarga serta hubungan ibu dan anak
  • Pencarian identiti dan kasih sayang seorang bapa
  • Penculikan, ancaman kumpulan militan dan perjuangan untuk terus hidup

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Pembaca yang menggemari kisah cinta penuh konflik dan pengorbanan
  • Pembaca yang berminat dengan tema kekeluargaan dan pencarian kasih sayang
  • Pembaca yang menyukai elemen suspens, penculikan dan aksi

Maklumat Buku

  • Penulis: Richie Rachman
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838221368
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan