• 9411
1

Fajar Pakeer

See You In A Bit Oleh Moonlightlavh

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis See You In A Bit Oleh Moonlightlavh

Benarkah cinta sejati itu wujud? Hari saja Sang Pencipta hadirkan siang berganti malam. Jadi apa jaminan seorang manusia tidak boleh berubah hati dalam sekelip mata?

Mencari pasangan hidup tidak pernah terlintas di benak fikiran seorang Izara Medina kerana dia tidak pernah percayakan lelaki. Bagi dia, lelaki akan terus mencari yang baru bila sang pemilik hati sudah tiada.

Dari masa lalu, dia trauma apa yang berlaku. Sejak dari itu, dia tidak mahu lagi percaya dengan cinta.

Tapi… kenapa dia tiba-tiba terjebak dengan lelaki itu. Rimas. Tak suka dan…

Gila! Mana mungkin ersama jatuh hati dengan lelaki yang rata-rata dia tidak kenal siapa. Ada saja perkara yang buatkan Izara mencari punca untuk bergaduh dengan Ian Rizqash.

“Aku tak ada buat beberapa minggu. Jaga diri kau.” – Ian Rizqash

“Pergilah. Tak nak balik pun tak apa, lagi bagus.” – Izara Medina

Dia tidak pernah mengambil tahu tentang lelaki itu. Ke mana dia pergi, dengan siapa ataupun kerjayanya. Bagi Izara, semua itu tidak penting. Namun ada sesuatu tentang Ian yang buatkan dia mula curiga. Lelaki itu… Dia seperti lebih mengenali Izara daripada diri dia sendiri. Siapa sebenarnya Ian Rizqash?

Di saat Izara Medina berteka-teki, di saat itulah Ian Rizqash memulakan permainannya.

“Kenapa you nak kahwin dengan I?” – Izara Medina

“I can’t answer you that. Our conversation ends here.” – Ian Rizqash

Walaupun Ian adalah pemenang dalam permainan ini. Permainan yang tamat lebih awal dari sangkaannya. Namun entah kenapa Izara terbuai dengan permainan ini.

Di saat dua insan berperang merasa detak bahasa cinta, khabar duka datang tanpa dipinta.

Tapi, benarkah Ian akan kembali? Atau dia juga turut pergi bersama jiwa yang bersemadi?

Kisah kita dimulai dengan indah. Namun berakhir tanpa kata selesai kerana cinta sejati sudah diletakkan noktah daripada Tuhan.

“Leaving you would be my last option in life. “

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Trauma masa lalu dan kesukaran mempercayai cinta
  • Hubungan antara dua insan yang sering bertelagah
  • Perkahwinan dan permainan perasaan
  • Rahsia identiti serta niat sebenar pasangan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta Melayu
  • Peminat kisah romantik dengan unsur enemiestolovers
  • Pembaca yang suka watak wanita berjiwa terluka dan sukar mempercayai lelaki
  • Peminat cerita cinta yang diselubungi rahsia dan konflik emosi

Maklumat Buku

  • Penulis: Moonlightlavh
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838222655
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan