• 2108
1

Alaf 21

Saat Kau Kata Cinta

Regular price
RM 19.90
Sale price
RM 19.90
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Saat Kau Kata Cinta

MELIHAT gambar-gambar Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka di Paris membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan untuk menceritakan kepada Nuril hal yang sebenar. Bimbang Nuril akan mengambil tindakan di luar jangkaan. Lalu, ‘direlakan’ episod cinta anak-anak sekolah antara dia dengan Hijaz berakhir dengan kehancuran.

Takdir menemukan Darwina dengan Azril. Lelaki itulah sandarannya untuk membina bahagia. Sedang hatinya diulit cinta, dia bertemu dengan Syafi sewaktu kunjungannya ke United Kingdom. Pertemuan yang tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana di tanah air sudah ada yang merindu. Tanpa diduga, sekali lagi dia diuji. Bahagia yang diharap, derita yang tiba. Emosi Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa-rupanya berdusta dalam bercinta.

Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak pernah jemu merayu jiwanya. Benarkah hadirnya Syafi sebagai penyelamat rumah tangga Hijaz dan Nuril? 

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta pertama, kenangan lama dan perasaan yang belum terlerai
  • Cinta tiga segi serta konflik perasaan antara Darwina, Hijaz, Azril dan Syafi
  • Pengkhianatan, penipuan dan kekecewaan dalam percintaan
  • Konflik rumah tangga, kesetiaan serta kesan keputusan masa lalu

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel Melayu bergenre romantik dan drama
  • Pembaca yang menggemari kisah cinta tiga segi
  • Pembaca yang tertarik dengan tema pengkhianatan dalam hubungan
  • Pembaca yang menyukai konflik rumah tangga dan emosi yang mendalam

Maklumat Buku

  • Penulis: Anis Ayuni
  • Penerbit: Alaf 21
  • ISBN: 9789831245194
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan