• 1271
1

Alaf 21

Cinta Yang Ku Rasa Oleh Anis Ayuni

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Cinta Yang Ku Rasa Oleh Anis Ayuni

SEINGAT Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya.

Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari.

Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya. Dia ingin terus setia dalam bercinta. Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua.

Mir Shahriman tidak pinta hidupnya jadi begini, tetapi ALLAH memilih dirinya untuk diuji. Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati. Lalu, dia pasrah membiarkan hubungan mereka bergerak mengikut takdir ILAHI.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Kesetiaan dalam hubungan cinta
  • Cinta yang terhalang dan tidak kesampaian
  • Kehilangan, perpisahan dan hubungan yang terputus tanpa penjelasan
  • Konflik antara cinta, simpati dan keikhlasan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel cinta Melayu
  • Pembaca yang menggemari kisah cinta tiga segi
  • Pembaca yang menyukai tema kesetiaan dan pengorbanan
  • Pembaca yang meminati kisah cinta penuh konflik dan emosi

Maklumat Buku

  • Penulis: Anis Ayuni
  • Penerbit: Alaf 21
  • ISBN: 9789831246771
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan