• 1157
1

Alaf 21

Ombak Rindu Oleh Fauziah Ashari

Regular price
RM 19.90
Sale price
RM 19.90
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Ombak Rindu Oleh Fauziah Ashari

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Ketabahan dan pengorbanan seorang wanita menghadapi ujian hidup
  • Cinta, perkahwinan rahsia dan kepercayaan dalam rumah tangga
  • Konflik poligami serta cabaran menerima kehadiran orang ketiga
  • Pengkhianatan keluarga, eksploitasi dan kesan kemiskinan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat kisah cinta penuh konflik dan emosi
  • Pembaca yang menggemari tema poligami dan rumah tangga
  • Pembaca wanita yang meminati watak utama tabah menghadapi ujian

Maklumat Buku

  • Penulis: Fauziah Ashari
  • Penerbit: Alaf 21
  • ISBN: 9831240299
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan