• 3522
1

Intens

Matahari Cerah Lagi

Regular price
RM 21.90
Sale price
RM 21.90
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Matahari Cerah Lagi

Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.

Namun, naluri semula jadi mengatasi kekangan psikologi, tetap mengambil tempatnya tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam yang membesar bersamanya di samping tiga anak yang lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Adakah Suha terus nestapa?

Mengapa Adam menjadi mangsa dendam?
Dan...
Mampukan Yem menggapai cintanya?

Matahari Cerah Lagi membuka tabir, seorang gadis terabai hidupnya namun tetap mendambakan cinta... Suha.

Matahari Cerah Lagi menzahirkan cinta yang tidak sewajarnya wujud... Adam.

Matahari Cerah Lagi mengupas perspektif cinta yang telus... Yem.

Matahari Cerah Lagi menelusuri psikologi seorang yang kehilangan cinta... Munir.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Kehidupan terabai dan kesan kongkongan terhadap perkembangan diri
  • Cinta yang tidak wajar serta konflik perasaan antara watak
  • Perebutan harta pusaka dan kerakusan manusia
  • Dendam dalam keluarga serta tekanan jiwa

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel cinta Melayu
  • Pembaca yang menggemari kisah konflik keluarga dan perebutan harta
  • Pembaca yang berminat dengan tema psikologi dan tekanan jiwa
  • Pembaca yang menyukai kisah watak wanita teraniaya dan perjuangan hidup

Maklumat Buku

  • Penulis: Fauziah Ashari
  • Penerbit: Intens
  • ISBN: 9789675289156
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan