• 9446
1

Kaseh Aries Publication

Nuh Dan Nayla Oleh Ieya Sya

Regular price
RM 32.00
Sale price
RM 32.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Nuh Dan Nayla Oleh Ieya Sya

Suatu ketika dulu, Nuh adalah pendosa yang membuat seorang Nayla membenci dan memandangnya dengan jijik.

“Kau manusia jahanam yang merosakkan manusia yang tak berdosa pada kau.” - NAYLA

Takdir menyatukan Nuh dan Nayla dalam ikatan perkahwinan yang dirahsiakan. Namun mereka memilih jalan berpisah tanpa lafaz talak. Takdir juga telah menemukan mereka dalam situasi berbeza. Antara pembantu dengan cucu majikan.

“Ya. Saya Nayla, Encik Nuh.” - NAYLA

“Dalam rumah ni, jangan panggil ‘encik’ dengan saya.” - NUH

Jika sebelum ini Nuh mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami, tapi kali ini dia cuba untuk berubah.

Kerasnya hati Nayla bagaikan besi ampuh. Malah dia tidak peduli dan menyokong Nuh untuk menerima Fatimah. Akur dan menghormati keputusan Nayla, Nuh terpaksa bersetuju walaupun hatinya tidak berdetak untuk gadis cantik itu.

“Berkahwin dengan Fatimah adalah keinginan dia dan saya sudah pun bersetuju.” - NUH

Rupanya Nayla sudah tersalah langkah. Tiba-tiba dia berpaling tadah. Nuh harus dia pertahankan.

“Saya nak awak terus jadi suami saya, Nuh.”  - NAYLA

Siapa tahu di sebalik pengakuan itu, ada kisah hitam dan rahsia yang Nayla simpan. Ada derita yang ditanggung. Dia mempunyai kaitan dengan bakal jodoh Nuh.

Adakah niat Nayla menghalang perjodohan Nuh kerana cinta, atau kerana dendam? Siapa Fatimah sebenarnya? Dapatkah ikatan perkahwinan mereka bertahan?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan rahsia dan hubungan suami isteri yang renggang
  • Cinta kedua serta peluang untuk berubah dan menebus kesilapan
  • Konflik rumah tangga, salah faham dan dilema perasaan
  • Rahsia silam, kisah hitam dan penderitaan yang disembunyikan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat kisah perkahwinan rahsia dan suami isteri
  • Pembaca yang menyukai tema peluang kedua dalam percintaan
  • Peminat konflik cinta, rahsia silam dan dendam

Maklumat Buku

  • Penulis: Ieya Sya
  • Penerbit: Kaseh Aries Publication
  • ISBN: 9786297509013
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan