• 4083
1

Penulisan2u

Dalam Keterpaksaan Oleh Ieya Sya

Regular price
RM 31.00
Sale price
RM 31.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Dalam Keterpaksaan Oleh Ieya Sya

Detik pertemuan pertama antara Danisya dan Raiqal di Kuala Lumpur membuatkan kehidupan mereka berubah serta-merta. Tanpa mengenali sesama sendiri, status mereka berubah tanpa kerelaan diri. Menjadi penyelamat si gadis daripada dinodai, kini Raiqal Adif dan Danisya bergelar suami dan isteri!

Dalam keterpaksaan, Danisya cuba menyesuaikan diri biarpun si suami lagak gayanya macam Iron Man dan Incredible Hulk yang bersatu dalam diri! Ditengking, dimarahi, namun Si Danisya ini hanya melayani kerenah si suami lebih-lebih lagi mereka berdua kini tinggal bersama keluarga pihak lelaki.

Kenapalah aku juga yang kena hantar ubat dekat Si Iron Hulk ni! Buatnya dia sembur aku dengan kuasa besi dia tu, tak pasal-pasal aku bertukar jadi patung besi. Naya aje! – DANISYA.

“Kau merepek apa ni perempuan? Keluarlah...” – RAIQAL.

“Saya tak merepeklah. Dulu masa saya sakit, awak bukan main paksa saya pergi klinik makan ubat. Bila awak sakit, takut nak makan ubat. Awak ni pandai ajar orang tapi diri sendiri tak reti nak ajar.”

“Kau jangan membebel boleh tak? Sini ubat tu! – DANISYA.

“Pandai pun.” – DANISYA.

Siapa kata orang yang gah akan tetap di atas dan orang yang di bawah akan sentiasa di bawah? Tengok hari ini Danisya dah buktikan yang si tikus pun boleh buat Si Iron Hulk ikut arahan. Padan muka si besi hijau tu!

Apa yang aku pernah cakap dekat kau, lupakan saja. Aku, Raiqal tak pernah mencintai kau, Danisya,” – RAIQAL.

Tapi…

Siapa Raiqal untuk melawan takdir yang telah ditentukan Tuhan?

Siapa pula Amzar, Natasya, Aziera, Danish dan Amanda yang mengharu-birukan cerita rumah tangga Si Danisya dan Si Raiqal ini?

Kekal bahagiakah hubungan atas aturan takdir Tuhan ini?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan atas dasar keterpaksaan
  • Konflik dan penyesuaian dalam rumah tangga
  • Perkembangan hubungan daripada benci kepada cinta
  • Campur tangan keluarga dan orang ketiga

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat kisah perkahwinan terpaksa
  • Pembaca yang menyukai watak lelaki tegas dan wanita berani
  • Peminat konflik rumah tangga serta campur tangan keluarga

Maklumat Buku

  • Penulis: Ieya Sya
  • Penerbit: Penulisan2u
  • ISBN: 9789670567501
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan