• 5967
1

SR Publication

Mimpikan Kamu Oleh Aja

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Mimpikan Kamu Oleh Aja

Kenali Ainzul Asrizal Tan Sri Hamdan Yahaya.

Dia mempunyai ramai perempuan yang sanggup buat apa saja untuk mendapatkan perhatian darinya. Dia bergaya, berkerjaya, berkuasa, berkarisma serta merupakan jutawan di usia yang muda hasil kerja kerasnya sendiri. Ada lagi tambahan, dia merupakan pewaris terbesar empayar perkapalan orang tuanya.

Tapi…

Dia kaki parti, kaki perempuan dan juga segala kaki-kaki yang bukan menjadi impian yang sering dirindui satu-satunya gadis yang telah buat dia rebah tertunduk.

“Selama ni I harap bakal suami I seorang yang baik. I selalu rindu dia even I tak kenal dia. Tiap-tiap kali solat, I doa biar Allah jaga dia siang dan malam. Pimpin dia dalam apa saja keputusan yang dia buat. Untuk kebaikan dia, untuk kebahagiaan masa depan kita orang. Turned out, that person is you. I kecewa.” Itu kata Pia.

Menurut pendapat kawan baiknya Ezo mengenai Pia.

“Pia… Bukan taste akulah. Pasif, nerd, old school, berkerak macam tu!”

Tapi bagi Iju, Pia satu-satunya gadis yang layak bertakhta di hati. Dan dia tahu Pia akan menjadi penyebab untuk kematiannya pada suatu hari nanti kerana kehadiran gadis itu telah menarik satu persatu molekul oksigen yang dia perlukan untuk bernafas.

“Cik Sophia, katakan apa yang perlu I buat untuk meraih cinta you. Sky’s the limit.”

Mimpikan kamu! Sampai bila? Pia saja ada jawapannya.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Kisah cinta antara lelaki kaya, berkuasa dan terkenal dengan gadis sederhana yang berpegang pada prinsip agama.
  • Perubahan diri daripada lelaki kaki parti dan kaki perempuan kepada insan yang mengejar cinta sejati.
  • Konflik cinta, kekecewaan dan harapan terhadap bakal pasangan hidup.
  • Percintaan antara dua watak yang mempunyai personaliti serta gaya hidup yang berbeza.

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu.
  • Pembaca yang menggemari kisah cinta lelaki kaya dan gadis sederhana.
  • Pembaca yang menyukai tema bad boy berubah demi cinta.
  • Pembaca yang tertarik dengan konflik cinta dan perbezaan personaliti.

Maklumat Buku

  • Penulis: Aja
  • Penerbit: SR Publication
  • ISBN: 9789675822377
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan