• 3735
1

SR Publication

Cinta Dua Zaman Oleh Azri Misti

Regular price
RM 25.90
Sale price
RM 25.90
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Cinta Dua Zaman Oleh Azri Misti

Enam sahabat telah memilih Pulau Sibu sebagai destinasi percutian mereka bersempena dengan cuti semester yang baru bermula. Sedang mereka menikmati pelayaran kapal persiaran mewah Aizzer Cruise, tanpa diduga sebuah bahtera lanun datang menyerang! Semua penumpang lelaki dibunuh dengan kejam! Aina dan Dira berjaya diculik oleh lelaki berpakaian besi manakala yang lain-lainnya terpelanting dibawa arus lautan. Dalam tidak sedar, mereka telah melangkaui garisan waktu antara dua zaman! Pertemuan Shira dengan seorang lelaki soleh bergelar Panglima Bayang mengubah segala-galanya. Senyuman pendekar itu berjaya menambat hati kasarnya. Tidak ada sebab untuk dia menolak lelaki itu hadir dalam hidupnya. Dalam diam, cintanya dipahat kukuh untuk lelaki itu. Panglima Bayang adalah seorang lelaki satu dalam sebilion! Malangnya, sesuatu yang tidak diminta datang melanda. Hati gadis cantik itu luluh melihat kesungguhan Panglima Bayang mempertahankan dirinya sehinggakan sekujur tubuh pahlawan itu rebah bermandikan darah akibat disantau!

“Andai takdir masa terhenti, bulan di langit saksi segala. Dialah yang teratas, Dialah pilihan selamanya. Engkaulah yang pertama, engkaulah yang terakhir. Shira, laksana kejora, kau seri hatiku.”

Dapatkah Shira diselamatkan? Siapakah Panglima Bayang? Berjayakah Hakim menemui Shira? Cinta Dua Zaman antara Panglima Bayang dan Hakim hanya Shira yang boleh putuskan!

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta rentas zaman antara dunia moden dan zaman silam
  • Pengembaraan merentas masa dan misteri takdir
  • Pertembungan lanun, pelayaran dan aksi kepahlawanan
  • Kesetiaan, pengorbanan dan perjuangan mempertahankan insan tercinta

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik dan kisah percintaan mendalam
  • Peminat cerita pengembaraan merentas masa
  • Pembaca yang menggemari latar sejarah dan dunia kepahlawanan
  • Peminat novel fantasi, misteri dan unsur mistik

Maklumat Buku

  • Penulis: Azri Misti
  • Penerbit: SR Publication
  • ISBN: 9789675822193
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan