• 9684
1

Fajar Pakeer

Leftenan Harraz Oleh Syirahnees

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Leftenan Harraz Oleh Syirahnees

Di sebalik uniform yang tersarung kemas dan keberanian yang menjadi perisai, tersembunyi luka lama yang tidak pernah benar-benar sembuh.

Harraz Huzaïr tidak pernah diberi pilihan untuk lemah. Langit yang dijaganya bukan sekadar ruang kosong, tetapi kedaulatan, dan nyawa yang dipertaruhkan. Dalam dunia yang menuntut kesetiaan tanpa syarat, perasaan adalah perkara terakhir yang boleh dia dahulukan.

Namun, takdir tetap menemukan dia dengan sesuatu yang tidak pernah dia rancang iaitu cinta.

Bermula dengan perang mulut yang tiada noktah. Sindiran dilempar tanpa henti, seolah-olah diam itu mustahil. Memandang wajah satu sama lain sahaja sudah cukup untuk menyalakan rasa benci yang meluap-luap.

“Hei, mat saleh celup! Rambut tu perang macam mat saleh! Tapi kau versi celup dalam air karat! Bukan asli pun rambut kau tu!” - Afina

Begitulah Afina dan Harraz, mereka dua jiwa yang tidak pernah sehaluan.

“Mat saleh celup dia panggil aku?” “Eh, meow ni. Lepas ni kalau terserempak lagi, tahulah aku nak kerjakan kau balik. Kau tunggu.” - Harraz

Sehinggalah satu tragedi memaksa segalanya berubah. Dari musuh menjadi teman, dari benci menjadi rasa yang perlahan-lahan sukar dinafikan. Hati Harraz mula goyah… tetapi sumpahnya sebagai seorang leftenan sentiasa berdiri lebih tinggi daripada segalanya.

Negara memanggil. Dan dia tidak pernah berpaling.

“Kau panggil itu seni… tapi bagi aku, itu jenayah. Kau hancurkan kepercayaan kami. Kau cuba runtuhkan langit yang kami pertahankan!” — Harraz

Kesumat lama kembali menghantui. Satu demi satu misteri terungkai, menyeret pasukan TUDM ke dalam konflik yang semakin berbahaya. Tetapi, sampai bila Harraz mampu berdiri teguh pada tanggungjawabnya… apabila musuh yang dihadapi dari masa silam yang tidak pernah benar-benar mati?

Masih adakah ruang untuk bahagia atau seorang lelaki seperti dia hanya ditakdirkan untuk memilih antara cinta dan tanggungjawab, tanpa pernah memiliki kedua-duanya?

“Suara-suara macam kau selalu bernyanyi tentang kehormatan. Tapi satu benda yang kauorang terlepas pandang... ialah hasilnya. Dan hasilnya dah mula bekerja.”

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta antara dua watak yang bermula dengan perseteruan dan perang mulut.
  • Kehidupan serta tanggungjawab anggota TUDM dalam mempertahankan kedaulatan negara.
  • Konflik antara cinta peribadi dengan sumpah, tugas dan amanah ketenteraan.
  • Trauma, luka lama dan kesumat masa lalu yang kembali menghantui.

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik bertema ketenteraan.
  • Peminat kisah enemiestolovers dan cinta yang berkembang secara perlahan.
  • Pembaca yang menyukai watak lelaki berdisiplin, berani dan penuh tanggungjawab.
  • Peminat cerita aksi, misteri, konflik pengkhianatan dan kesumat masa lalu.

Maklumat Buku

  • Penulis: Syirahnees
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: BBO-6755
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan