• 8394
1

Fajar Pakeer

Kerana Dia Lebih Sempurna Oleh Faizah Mohd Noh

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Kerana Dia Lebih Sempurna Oleh Faizah Mohd Noh

Melangkaui dua latar zaman. Melayari keping-keping rindu menjadi satu potret suram. Ini fasa-fasa duka dalam hidupnya…

Fida, gadis yang dicurangi setelah segalanya dikorbankan. Jay, memperlakukannya seperti hamba. Sedikit pun tiada terdetik rasa kasihan di jiwa lelaki itu untuknya.

Derita yang ditanggung, membuatkan Fida dilanda kemurungan.

“Ini yang kau balas kat aku, Jay? Tak apa. Tuhan ada. DIA takkan sesekali menganiayai hamba-Nya. Masa kau akan tiba, Jay." – FIDA

Biarpun berkali-kali dia jatuh, Fida tetap bangun seribu kali.

Penghujungnya, dia menghabiskan masa di sebuah pondok. Mencari jalan pulang.

Di situ, dia bertemu dengan Delaila. Seorang gadis yang senasib dengannya.

Faheem meningalkan Delaila bersama seribu janji yang belum tertunai. Namun, gadis itu kembali bangkit demi membuktikan kepada lelaki itu, bahawa dia gadis yang bukan sekadar bermain dengan kata-kata.

"Maaf, Faheem. Luka yang awak tinggalkan dulu, masih berdarah.

Dan peluang yang awak minta tu, tak mustahil awak akan sia-siakan sekali lagi. Kan?"- DELAILA

Delaila bukan hadir pada saat Faheem di kemuncak. Delaila hadir pada saat dia jatuh terduduk. Dia tidak ada apa-apa ketika itu. Malah gadis itu sanggup menunggu sehingga dia mampu. Tetapi, dia pula yang meminta perpisahan dan dengan mudah pula bibirnya menutur kata meminta gadis itu mencari yang lain.

“Sakit, Laila. Tapi aku akan menjadi lelaki yang kejam kerana menghalang kau untuk bahagia sedangkan aku tahu, aku tidak berdaya untuk membahagiakan kau.”- FAHEEM

Parut luka, kekal seiring masa. Mampukah kemaafan meleburkan segunung keegoan?

Siapa yang pergi, siapa yang menanti?

Siapa yang jatuh, siapa yang bangun berlari?

Dan, siapa yang lebih sempurna?

Balas dendam yang terbaik, ialah memberi ruang untuk jiwa mendakap bahagia. Yang selebihnya, biar kifarah yang melunasinya.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Pengkhianatan dan kecurangan dalam hubungan
  • Penderaan emosi serta kemurungan
  • Ketabahan bangkit daripada luka dan kehilangan
  • Kemaafan, keegoan dan peluang kedua

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik penuh konflik emosi
  • Pembaca yang tertarik dengan kisah pengkhianatan dan luka dalam hubungan
  • Pembaca yang menyukai watak wanita tabah dan bangkit daripada keterpurukan
  • Pembaca yang meminati tema kemaafan, penyesalan dan peluang kedua

Maklumat Buku

  • Penulis: Faizah Mohd Noh
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838221276
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan