Fajar Pakeer
Kata Tak Suka
- Regular price
- RM 20.00
- Sale price
- RM 20.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Kata Tak Suka
Kononnya ala-ala paksa. Mak-mak yang kenenkan. Sudah berpakat masing-masing kata tak suka. Banyak buruk dan kurangnya pada pandangan mata, tapi tak sampai mana, tiba-tiba saja jatuh berkenan pula.
Megat Zafril biasa-biasa saja buat Nea Alisha. Tidaklah kacak sangat, tapi kenapa sangat menyenangkan? Rasa sangat selamat ketika berada di sampingnya. Bagi Megat Zafril pula Nea Alisha sangat pandai mengambil hati dan langsung tidak angkuh walau gadis secantik Nea berhak memiliki perangai begitu. Ah! Kenapa awal-awal lagi mulut ni gatal benar kata tak suka? Kan padan muka masing-masing.
Namun kaum emak tidaklah berputus asa. Pelbagai rancangan diaturkan sehinggalah Megat Zafril dan Nea Alisha kononnya setujukan saja, sedang dalam hati, Tuhan saja yang tahu.
“Kita dah tak boleh lari. Aci lawan apa pun, mereka memang akan kenenkan kita.” Megat Zafril mula rasa gementar. Inikah masanya?
“Abang rasa macam mana?”
“Kita ikutkan ajelah cakap mereka. Abang dah bosan nak mengelak. Makin abang elak, makin benda ni menjadi-jadi. Pening kepala abang.” Megat Zafril mula buka jalan. Mana tahu laluan kali ini mudah.
“Nea fikir pun macam tu. Nea pun dah tak larat nak layan kerenah mereka ni.”
Dengan alasan itulah sebuah mahligai terbina. Namun ketika bahagia berbunnga-bunga, datang pula si Luqman, bekas buah hati Nea. Mahu menagih semula kasih lama. Akan tergugatkah kasih Nea dengan kehadiran Luqman? Mahligai yang mereka bina bakal hancurkah gara-gara orang ketiga?
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Percintaan yang bermula daripada penolakan dan salah faham
- Jodoh pilihan keluarga serta campur tangan kaum emak
- Perkahwinan yang dibina atas persetujuan bersama
- Kehadiran bekas kekasih dan ujian orang ketiga
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
- Peminat cerita kahwin paksa atau jodoh pilihan keluarga
- Pembaca yang suka kisah cinta daripada benci menjadi sayang
- Peminat konflik bekas kekasih dan orang ketiga
Maklumat Buku
- Penulis: Qaseh Qaisara
- Penerbit: Fajar Pakeer
- ISBN: : 9789673651436
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg