• 8145
1

Fajar Pakeer

Fight N Fly Oleh Nadrinaline Rush

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Fight N Fly Oleh Nadrinaline Rush

‘Fight or Flight’ respons memberi kuasa kepada seseorang untuk membuat pilihan, sama ada hendak berlawan atau melarikan diri dalam situasi genting. Perkara yang sama diaplikasikan dalam kehidupan seorang Hannah Dania yang suatu ketika dahulu bahagia sehinggalah…

Rasa macam dihempap batu meteor dari langit. Pecah berderai semangatnya. Tanpa sedar, dia memilih untuk melarikan diri daripada berjuang melawan penyakitnya; berputus asa mencari senyumannya sendiri.

Tak pernah terlintas dalam fikiran Dania yang dia akan tergolong dalam golongan minoriti; dua daripada 100 ribu orang populasi Malaysia yang perlu bertarung dengan penyakit saraf yang menyeksakan itu.

“It will... keep coming... and going away... sampai adik mati, umi. When the time comes... I’ll be permanently disable…” – HANNAH DANIA

Yang paling ditakutinya, mungkin suatu hari nanti, dia ditakdirkan untuk kehilangan keupayaan fizikalnya yang sekarang. Permanently disable. Layakkah dia untuk mencari kebahagiaannya sendiri? Dengan mengheret sekali orang yang dia sayang, menderita sekali disebabkan penyakitnya yang semakin teruk nanti? TIDAK.

Tapi itu bagi Dania. Lain pula bagi Haraz. Kalau sesuatu ujian itu tak dapat dihalang, kenapa nak lari? Lawan bersama-sama.

“I logged on into this fight while knowing the possibility of MS strike, kan? Senapang riffle, bazuka, bom, pisau Rambo, parang baba, semua dah siap dah, ready untuk perang.” – DANIAL HARAZ

Percaturan paling gila yang Haraz lakukan, menjerat mereka ke permainan fizikal dan emosi yang tak pernah sudah.

Mampukah dia, Si Tauke Loji Kumbahan mengalahkan Si Jambu Dzariff? Yang paling penting, mampukah permainan ini ditamatkan dalam melawan penyakit Dania?

Kisah mereka bukanlah datar monotone seperti orang lain. Kisah mereka penuh dengan adrenaline rush disebabkan prank dan permainan mereka yang tidak berpenghujung. Penuh dengan tangisan. Penuh dengan teka-teki. Roller-coaster ride.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta dan sokongan dalam menghadapi penyakit kronik
  • Perjuangan melawan multiple sclerosis (MS) dan ketakutan kehilangan keupayaan fizikal
  • Konflik emosi antara memilih untuk melawan atau melarikan diri
  • Permainan, prank dan tekateki dalam hubungan percintaan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat kisah cinta yang penuh konflik dan emosi
  • Pembaca yang menyukai tema penyakit, perjuangan dan ketabahan
  • Peminat cerita dengan elemen prank, permainan dan tekateki

Maklumat Buku

  • Penulis: Nadrinaline Rush
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838221078
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan