• 8139
1

Fajar Pakeer

Elipsis Cinta Oleh Aaliyaadni

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Elipsis Cinta Oleh Aaliyaadni

Dia menginginkan perkahwinan yang penuh cinta dan dilamar bagaikan seorang puteri. Apabila Camelia menemui calon suami impiannya, dia bertekad membawa hubungan mereka sampai ke syurga. Cita-citanya melangit, lebih tinggi dari Burj Khalifa.

Tetapi, tidak bagi Abdul Qayyum, pelajar cemerlang, anak yang taat kepada orang tuanya, seorang profesional yang workaholics. Ikatan perkahwinan baginya, akan mengganggu hidupnya.

“I rasa kita tak ada persamaan langsung, Camelia.” - QAYYUM

“No way! I akan pastikan you sedar betapa berharganya cinta I ini. Jika you ada kembar seiras sekali pun, I tetap akan pilih you. - CAMELIA

Sungguh Camelia menaruh kasih pada Qayyum, tetapi lelaki itu nyata tidak memiliki perasaan padanya. Camelia menyimpan sebal sikap Qayum yang dingin, egois dan mementingkan diri. Manakala Qayyum bertahan demi memenuhi impian mamanya.

Keadaan itu sudah cukup sukar bagi mereka berdua apalagi kehadiran seorang kawan lama yang cukup empati.

“Qayyum, you tak tak sepatutnya hidup dalam penipuan. I tahu you hanya pura-pura bahagia bersama Camelia.” - JEMIMA

Datangnya Jemima membawa wasangka dalam kehidupan Camelia dan Qayyum.

Inikah episod yang membawa titik noktah pada hikayat cintanya?

Mampukah Camelia mempertahankan mahligai yang telah dibina, apabila ada petualang yang mahu meroboh dan merampas segala yang dimilikinya?

Bagaikan elipsis dalam ayat cinta yang panjang. Mungkinkah ini hanya sebuah interlud luka? Bertahan sedangkan pengkhianatan itu membuka suatu kebenaran yang pahit.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta tidak berbalas dan perkahwinan tanpa cinta
  • Konflik rumah tangga akibat perbezaan harapan serta keperibadian
  • Pengorbanan dan usaha mempertahankan mahligai perkahwinan
  • Cemburu, wasangka dan ancaman orang ketiga

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Pembaca yang menggemari kisah perkahwinan tanpa cinta
  • Peminat cerita konflik rumah tangga dan cinta bersegi tiga
  • Pembaca yang menyukai watak lelaki dingin serta wanita yang gigih memperjuangkan cinta

Maklumat Buku

  • Penulis: Aaliyaadni
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838221184
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan