• 9599
1

Fajar Pakeer

Carnival Game

Regular price
RM 33.00
Sale price
RM 33.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Carnival Game

Permainan ini bukan sekadar hiburan, tetapi sebuah pentas di mana setiap langkah adalah jemputan kepada maut.

“Selamat datang ke Carnival Game, wahai tetamu tidak diundang. Di sini, masuk adalah percuma, tapi selepas tiga permainan... kamu perlu bayar dengan Tiket Emas.” — Joker

Kaven hanya menginginkan sebuah percutian singkat bersama rakan-rakannya. Namun, percutian itu bertukar menjadi mimpi ngeri dan jeritan yang tidak pernah benar-benar hilang.

Didorong dendam yang membakar, Kaven kembali menjejakkan kaki ke tapak Carnival Game. Karnival misteri yang dipercayai menyimpan jawapan di sebalik kematian Luna dan Rafi. Namun, langkah itu menjerumuskannya ke dalam perangkap bersama 13 pemain lain, dalam permainan maut selama tujuh malam berturut-turut.

Peraturannya mudah, kumpulkan Tiket Emas untuk memenangi ganjaran 10 Juta USD dan pastikan diri tidak menjadi mangsa hukuman badut-badut yang sentiasa menanti dalam gelap. Setiap pemain diberikan peranan dan kebolehan berasaskan kad-kad Tarot, kuasa yang mampu mengubah nasib, atau menghancurkan jiwa mereka sendiri.

“Bila bunuh orang atas nama dendam, kau cuma cipta satu lagi rantaian kebencian baru. Benda tu akan berulang dan terus berulang.” — Aria

“Menyedihkan, sungguh menyedihkan. Kau dah melihat masa lalu karnival. Kau dah langgar peraturan tersembunyi dan malam ini... aku akan hapuskan kau.” — Sorrow

“Kau tak boleh lari ke mana-mana lagi, The World... will punish you!” — Kaven

Tetapi, siapakah sebenarnya dalang di sebalik Carnival Game?

Dan apabila tirai terakhir disingkap, siapakah yang akan berdiri sebagai pemenang dan siapakah yang hanya akan tinggal sebagai nama pada batu nisan?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Permainan maut dan survival selama tujuh malam
  • Misteri kematian serta dalang di sebalik Carnival Game
  • Dendam, kehilangan dan kitaran kebencian
  • Kuasa kad Tarot yang mempengaruhi nasib pemain

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Peminat novel thriller dan seram psikologi
  • Pembaca yang gemarkan kisah permainan survival
  • Peminat misteri, tekateki dan plot penuh kejutan
  • Pembaca yang tertarik dengan tema Tarot, kuasa ghaib dan karnival misteri

Maklumat Buku

  • Penulis: Ken Hendri
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: BBO-6737
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan