Fajar Pakeer
Akad Oleh Jules
- Regular price
- RM 29.00
- Sale price
- RM 29.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Akad Oleh Jules
Evian vs grape sparkling juice menemukan kembali Railynn dan Marc di MyAngel’s Café, sejak pertemuan pertama mereka 14 tahun lalu. Kini, gadis yang digelarnya My Angel benar-benar ada di hadapannya.
Marc tekad menawan Railynn. Bermacam cara dilakukan bagi mengukuhkan
janji, sumpah dan akad yang dimeterai termasuklah mengekori Railynn hingga
Marc mendapat jolokan male-escort.
“I sudah bersumpah… berjanji… berakad…” – MARC
“Awak faham maksud perkataan-perkataan tu atau awak suka-suka menyebutnya? Awak yang keluar daripada hubungan kita!” – RAILYNN
Railynn, selepas kejadian hitam yang memberi parut mendalam terhadap dirinya, dia nekad untuk bersendirian. Apalagi selalu ada bayangan yang sering menghantui dirinya seolah-olah menjemput deja vu yang pernah dirasai pada
masa lalu.
Kesumat seseorang yang cuba menjahanamkan hidupnya juga mula memutarbalikkan perasaannya kepada Marc.
“Arghhh! Aku belum puas dengan kau Railynn! Kau akan kuratah hidup-hidup! Kau hak aku!!!” – FATAH
Railynn cuba menyelamatkan dirinya melalui petunjuk, namun bayangan kelam masih mengekori rapat seolah-olah enggan melepaskan apa yang telah ditakdirkan untuknya.
Mungkinkah sesuatu terjadi pada Railynn di masa lampaunya sehingga dia tau apa yang terjadi pada masa kini?
Apakah ini sumpahan pada dirinya sehingga sukar membezakan antara fantasi dan realiti?
Atau dia sekadar berhalusinasi bahawa suratan tidak akan mampu mengubah apa-apa…
Akad yang tercipta dengan segala bentuk keindahan, pudar kerana ada dusta yang tersembunyi hingga merenggut nurani dan menghilang di sebalik ilusi
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta lama dan peluang kedua antara Railynn dan Marc
- Janji, sumpah dan akad dalam hubungan percintaan
- Trauma masa lalu serta kesan kejadian hitam terhadap emosi
- Gangguan, obsesi dan ancaman daripada individu yang berdendam
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang menggemari kisah cinta lama dan peluang kedua
- Peminat novel romantik dengan elemen suspens dan misteri
- Pembaca yang tertarik dengan tema trauma serta pemulihan emosi
- Peminat kisah percintaan penuh konflik, rahsia dan pengkhianatan
Maklumat Buku
- Penulis: Jules
- Penerbit: Fajar Pakeer
- ISBN: 9789838221023
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg