Al-Hidayah
Beberapa Kepercayaan & Amalan Kontroversi Dalam Masyarakat Islam
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Beberapa Kepercayaan & Amalan Kontroversi Dalam Masyarakat Islam
Keterangan Buku Sesiapa yang berpegang teguh dengan Al-Our'an dan Sunnah tidak akan sesat selama-lamanya, itulah jaminan yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W kepada umat Islam. Pemahaman terhadap Al-Our'an dan Sunnah adalah sangat penting kerana ia merupakan panduan yang digunakan oleh umat Islam untuk menilai kepercayaan dan amalan yang mereka amalkan selama ini sama ada benar ataupun tidak. Tanpa pemahaman ini adalah amat sukar untuk seseorang untuk memastikan kepercayaan atau amalan yang dilakukannya tetap di atas landasannya atau tidak.
Oleh itu setiap amalan dan ibadah yang dilakukan oleh umat Islam tidak boleh dilakukan - mengikut suka hati, mimpi, kasyaf, ilham, ilmu ladunni, budaya dan lain-lainnya. Seperti apa yang sering terjadi akhir-akhir ini sehingga ia mampu membawa pengamalnya menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sebenarnya. Sebaliknya setiap amalan dan kepercayaan kita wajib dilakukan selaras dengan dua sumber muktabar iaitu Al-Qur'an dan Sunnah Nabi S.A.W.
Buku ini menghuraikan secara lebih terperinci mengenai kepercayaan dan amalan kontroversi dalam masyarakat Islam. Semoga dengan contoh, huraian dan penjelasan yang dikemukakan oleh para penulis di dalam buku ini, boleh kita jadikan pedoman dan panduan, khususnya dalam melakukan ibadah dan meraih keredaan dan ganjaran Ilahi. Semoga setiap amalan yang kita lakukan, diterima dan diberikan ganjaran sebaiknya oleh Allah Azza wa Jalla.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Kepentingan berpegang kepada alQuran dan Sunnah sebagai panduan utama umat Islam.
- Penilaian terhadap kepercayaan dan amalan kontroversi dalam masyarakat Islam.
- Kedudukan mimpi, kasyaf, ilham dan ilmu ladunni dalam menentukan amalan agama.
- Perbezaan antara amalan yang berasaskan dalil dengan amalan yang dipengaruhi budaya atau kepercayaan tertentu.
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca umum yang ingin menilai kesahihan kepercayaan dan amalan agama.
- Pelajar pengajian Islam dan institusi pendidikan agama.
- Guru, pendakwah dan penggerak komuniti Islam.
- Individu yang ingin memperkukuh kefahaman tentang alQuran dan Sunnah.
Maklumat Buku
- Penulis: Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789670465647
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: 8 x 10 inci
- Berat: 0.3 kg