Al-Hidayah
Kedudukan Penceroboh, Penderhaka & Mati Syahid Dalam Islam
- Regular price
- RM 18.00
- Sale price
- RM 18.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Kedudukan Penceroboh, Penderhaka & Mati Syahid Dalam Islam
MUTAKHIR ini kita banyak digemparkan dengan peperangan yang berlaku di Timur Tengah yang melibatkan pencerobohan tentera terhadap sesebuah negara dengan tujuan perampasan kuasa dalam menakluk sesebuah negara. Sepertimana yang kita dapat lihat di Syria, tentera-tentera luar telah menceroboh negara tersebut bagi membantu golongan Syiah memerangi ahli Sunnah wal-Jamaah. Dalam pertempuran itu ramai yang telah kembali bertemu Allah SWT, dalam keadaan syahid.
Lebih menyedihkan lagi, Israel laknatullah telah sekian lama menceroboh tanah Palestin dan membuat penempatan mereka secara haram. Kita dapat lihat juga di Mesir berlaku rampasan kuasa pihak yang benar. Perkara ini telah mengundang kemarahan rakyat. Lalu mereka memberontak dengan membakar bangunan-bangunan kerajaan dan berhimpun di tengah-tengah Dataran Tahrir dengan mengadakan demonstrasi bagi menegakkan keadilan terhadap negara mereka. Mereka telah diserang oleh tentera-tentera kerajaan yang zalim. Ramai juga di antara mereka telah syahid.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan apa yang dimaksudkan dengan penceroboh, penderhaka dan juga mati syahid dalam Islam, maka buku ini telah memberi pendedahan secara terperinci dan mudah difahami. Dengan mengkaji secara mendalam, pemahaman masyarakat Islam dalam isu-isu di atas tidak lagi meleset dan pengetahuan mereka dalam isu-isu tersebut semakin meningkat dan matang.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Definisi dan kedudukan penceroboh menurut perspektif Islam
- Konsep penderhaka, pemberontakan dan rampasan kuasa
- Hukum mempertahankan diri, negara dan menentang kezaliman
- Pengertian mati syahid serta kedudukan orang yang terbunuh dalam konflik
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pelajar dan penuntut ilmu agama
- Pembaca yang ingin memahami hukum peperangan dan konflik dalam Islam
- Pendakwah, guru agama dan penggerak masyarakat
- Pembaca yang mengikuti isu Palestin, Syria dan dunia Islam
Maklumat Buku
- Penulis: Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789674392222
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg