• 9268
1

Fajar Pakeer

Terpanah Setiamu Oleh Athena Rose

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Terpanah Setiamu Oleh Athena Rose

Kehidupan yang serba kelabu mampu bertukar menjadi lebih berwarna jika takdir memilih untuk bertemu dengan orang yang tepat.

“Aku nak saman kau, aku tak nak saman orang lain.” — MUBARAK

Walau luaran terlihat kasar, jejaka sejuk beku itu mempunyai aura penyayang. Tak diseru pun Mubarak selalu muncul bersama sayap-sayap cintanya. Hadir sebagai pelindung, jiwa Dealova bagai terhubung oleh suatu isyarat hati.

Syair cinta Mubarak gugur, menyejukkan hati yang tandus. Jika ditanya tentang bahagia, Dealova rasa dialah wanita paling bahagia apabila dirinya menjadi permaisuri di hati Mubarak.

Menari dalam salji setia, Dealova lupa salji itu hanya seketika bila musim kemarau pula datang membadai. Dugaan menerpa dan kehadiran Dealova tidak lagi dialu-alukan sehingga membunuh jiwa sucinya. Krisis yang timbul memaksa Dealova untuk pergi dari sisi hidup Mubarak.

Demi Dealova, Mubarak rela memanah setianya tanpa henti. Dicabar, dia nyaris mengangkat bendera putih. Sejauh manakah setia itu dapat bertahan?

“Saya tak percaya macam mana saya boleh kahwin dengan awak. Saya takkan cintakan orang gila macam awak!” — DEALOVA

“Iyelah tu tak cinta. Selama ni Dea hidup dalam titis cinta seorang Mubarak Affan tahu? Mubarak Affan ni la yang selalu buat Dealova tersenyum sorang-sorang." —MUBARAK

Mampukah panah setia itu meledakkan rasa cinta untuk kali yang kedua?

Teruntuk sang pemuja cinta, akankah bahagia itu selalu ada untuknya?

Walau setelah ribuan purnama penantian itu dibalas dengan kebencian, mungkinkah di penghujungnya nanti masih ada cinta di antara mereka?

Pada akhirnya takdir sudah menentukan pilihan sedang hati masih meratapi sedihnya rasa kehilangan.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta selepas perkahwinan
  • Kesetiaan dan pengorbanan dalam hubungan
  • Konflik rumah tangga dan salah faham
  • Perpisahan, kehilangan dan peluang kedua

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Pembaca yang menggemari kisah cinta selepas perkahwinan
  • Pembaca yang suka tema kesetiaan dan pengorbanan
  • Pembaca yang meminati konflik rumah tangga serta peluang kedua

Maklumat Buku

  • Penulis: Athena Rose
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838221887
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan