Fajar Pakeer
Darkest Moment Oleh Ayeshah Amani
- Regular price
- RM 29.00
- Sale price
- RM 29.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Darkest Moment Oleh Ayeshah Amani
Nukilan kehidupan manusia tidak semuanya tercoret indah. Adakalanya, ada garis hitam yang terconteng membuatkan dirinya larut dalam sunyi. Lontaran kata-kata nista sudah sebati dengan jiwa. Hidup diselubungi kegelapan, namun diredah jua.
Malaysia dan Thailand.
Dua insan ditemukan dalam takdir yang kelam. Siapa sangka, hasrat seorang gadis buta untuk mencari pembunuh orang tuanya membuatkan dia ditemukan oleh seorang ketua kongsi gelap di negara gajah putih itu.
“Tolong saya... tolong cari siapa pembunuh ibu dan bapa saya.” – RATNA ANGGUN
Kerana terdesak, dia terpaksa meminta lelaki itu membantunya. Tetapi, ada harga yang perlu dibayar.
“Boleh, tapi aku ada satu syarat. Aku nak kau ikut aku dan berkhidmat selama dua tahun. Sebagai balasan, aku akan bantu kau cari pembunuh tu.” – KHEN THANAWAT
Cinta itu bagai batu permata dalam di dasar lautan. Hati yang beku tanpa sebarang belas kasihan pada rintihan sayu mula berubah.
Anggun Ratna berjaya memberi secebis kasih yang selama ini Khen Thanawat inginkan.
Namun, indah yang didamba, liku sengsara yang diselusuri. Bernafas di dalam dunia yang bermandikan darah dan air mata, tidak mudah. Terleka sikit, nyawa mereka bakal melayang seperti abu di malam hari.
Persoalannya, berjayakah Anggun menjejaki pembunuh orang tuanya dengan bantuan Khen?
Adakah kegelapan itu sentiasa menyelubungi hidup mereka atau akan ada cahaya yang datang menjengah?
Dua jiwa yang berbeza latar belakang dijemput masuk ke dalam takdir yang gelap dan kelam.
Persoalannya, berjaya ke mereka bertahan sehingga ke akhirnya? Atau... mereka akan lemas selamanya?
Jika momen hitam itu mengajar 1001 erti kehidupan, izinkan secebis cahaya terselit bersama untuk melenyapkan segala kegelapan yang merusuh jiwa dan raga.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Percintaan gelap antara gadis buta dan ketua kongsi gelap
- Misi mencari pembunuh ibu bapa dan perjuangan mendapatkan keadilan
- Dunia jenayah terancang, keganasan dan ancaman nyawa
- Trauma, kehilangan serta ketabahan menghadapi kegelapan hidup
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik gelap dan penuh konflik
- Peminat kisah mafia, kongsi gelap dan dunia jenayah
- Pembaca yang menyukai plot misteri serta pencarian pembunuh
- Peminat watak wanita tabah yang berdepan trauma dan kehilangan
Maklumat Buku
- Penulis: Ayeshah Amani
- Penerbit: Fajar Pakeer
- ISBN: 9789838221740
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg