• 9496
1

Fajar Pakeer

Guardian Of The Heart Oleh Sarah Mikayla

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Guardian Of The Heart Oleh Sarah Mikayla

"Have you ever heard that the saddest part of life is saying goodbye to someone you wish to spend your lifetime with?”

Eijaz Mikael, lelaki yang hidupnya dikatakan hampir sempurna. Erdina Qaisara, gadis yang hidupnya seakan-akan berpaksikan mulut manusia.

Dua manusia yang dipertemukan, namun rasa yang menjerat hanya tersimpul di hati. Di sebalik perang mulut yang tak berkesudahan, tersembunyi sekuntum bunga yang mekar dalam diam, terikat kuat oleh tali ego yang mampu menjerat jiwa yang sirna.

Ketika Eijaz Mikael bakal disatukan dengan Dahlia Risteena, Erdina Qaisara pula bakal disatukan dengan Thaqeef Aiman. Namun, kesumat yang bersarang akibat satu insiden yang memalukan telah merosakkan segalanya.

“Aku… tak akan bunuh kau sesenang tu, Erdina Qaisara.” – Dahlia Risteena

“Aku akan ikut kau ke mana saja! Kau cuma kena lepaskan dia. Aku merayu…” – Erdina Qaisara

Kegiatan liar Dahlia Risteena semakin menoreh luka sehingga mampu mengorbankan insan yang tidak bersalah. Sejarah hitam seakan-akan berulang semula.

Dahlia Risteena tekad mahu menghancurkan sesiapa saja yang memusnahkan kehidupannya. Tiada pilihan, mereka menjadi mangsa buruannya.

“They need to face me first. I won’t let them touch you even a little. That’s my promise.” – Eijaz Mikael

Antara dua insan yang telah dikirimkan Tuhan, siapakah si penjaga hati yang mampu melindungi simpulan atma dari jerat percintaan?

Apakah noktah di pengakhiran bila dua nyawa menjadi taruhan?

Berjuang atau menyerah, apa pun terjadi ending di dalam setiap destinasi yang dilalui adalah kesempatan terakhir.

“Point your finger at me and you’ll die.”

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta terpendam dan perasaan yang berkembang di sebalik perang mulut
  • Konflik cinta tiga segi serta pertunangan yang menghalang kebahagiaan
  • Ego, salah faham dan kesumat akibat insiden yang memalukan
  • Dendam, sejarah hitam dan ancaman terhadap insan tidak bersalah

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
  • Peminat kisah cinta terpendam dan pasangan yang sering bertelagah
  • Pembaca yang sukakan konflik cinta tiga segi dan drama pertunangan
  • Peminat elemen dendam, ancaman serta kisah perlindungan

Maklumat Buku

  • Penulis: Sarah Mikayla
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838222747
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan