Fajar Pakeer
Cullen's Angel Oleh Nssignature
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 28.90
Share
Sinopsis Cullen's Angel Oleh Nssignature
“Loving you was a bad idea that feels so good.” – Tengku Emir Cullen
Angkara satu pertaruhan, Tengku Emir mendekati Amanda Haura. Hubungan yang pada awalnya bertunjangkan penipuan akhirnya bertukar menjadi sayang dan cinta. Namun, perasaan yang terbina tidak kekal lama apabila satu perselisihan faham berlaku sehingga perjalanan cinta mereka menemui jalan buntu.
Enam tahun berlalu dan segalanya berubah. Nama Tengku Emir semakin gah dalam dunia perniagaan manakala Amanda kini berstatus ibu tunggal.
Pertemuan semula antara Tengku Emir dan Amanda kembali menimbulkan bibit rasa dalam hati lelaki itu. Tambahan pula selepas kebenaran terbongkar. Tengku Emir tekad untuk mendapatkan semula cinta Amanda dan memberikan kehidupan yang lebih sempurna buat mereka.
Namun bagi Amanda, luka lama masih belum sembuh. Penghinaan yang pernah diterima masih segar dalam ingatan. Selama enam tahun, dia berjaya membesarkan anaknya tanpa bantuan sesiapa.
“Tak boleh ke awak anggap saja yang saya dan Eiman tak pernah wujud? Sepanjang enam tahun ni, awak masih boleh teruskan hidup, begitu juga dengan saya. Jadi, teruskan hidup awak macam biasa, Emir.” – Amanda Haura
Namun, amaran Tengku Emir membuatkan Amanda semakin terhimpit. Dia tahu lelaki itu sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan apa yang diinginkannya.
“Kalau I tak dapat you, tak akan ada sesiapa yang akan dapat you, Amanda.” – Tengku Emir Cullen
Ugutan demi ugutan menjadikan Amanda tersepit di pertengahan. Pembongkaran demi pembongkaran pula menghidupkan kembali segala kesumat yang selama ini terpendam.
Tiada lagikah keindahan tanpa mengundang rasa benci yang mendalam?
Perlukah Amanda mempertaruhkan nasibnya sekali lagi demi memastikan keselamatan orang-orang di sekelilingnya?
Adakah masa mampu merungkai segala kekusutan yang membelenggu hubungan mereka?
“Kahwin dengan I atau I akan lakukan banyak lagi kemusnahan.” – Tengku Emir Cullen
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta kedua dan peluang untuk kembali bersama
- Penipuan, pertaruhan dan pengkhianatan dalam hubungan
- Konflik ibu tunggal serta tanggungjawab membesarkan anak
- Luka lama, salah faham dan proses penyembuhan emosi
Buku Ini Sesuai Untuk
- Peminat novel romantik bertemakan cinta kedua
- Pembaca yang menyukai kisah pasangan dengan sejarah silam
- Peminat drama emosi tentang ibu tunggal dan keluarga
- Pembaca yang gemarkan konflik, rahsia serta pembongkaran mengejutkan
Maklumat Buku
- Penulis: Nssignature
- Penerbit: Fajar Pakeer
- ISBN: 9789838222044
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg