• 9277
1

Karyaseni

Bagaikan Pelangi Oleh Fhy

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Bagaikan Pelangi Oleh Fhy

Zakhri Lee…

HIDUPNYA kusam dan kelam semenjak peristiwa pahit yang pernah melanda dahulu. Dirinya yang dulunya petah, berubah menjadi lelaki pendiam. Lebih senang menjadi pemerhati dalam menjaga diri dan keluarga. Terutama sekali anak perempuan yang dia ada. Dia lebih prejudis

terhadap insan bergelar perempuan. Namun kemunculan gadis itu membuatkan hidup dia mula berubah. Sedikit demi sedikit. Aira Nazeeya… Dia hanya gadis biasa. Piatu yang membesar di rumah anak-anak yatim.

Mungkin kerana hal itu membuatkan dia jadi lebih menghargai erti kasih sayang.

“Tisya nak peluk mummy.”

Aira terkedu apabila kanak-kanak itu terus memeluk tubuhnya. Namun dia tetap membalas.

“Okey, duduk dekat riba mummy. Nanti boleh sandar dekat mummy. Boleh peluk mummy. Okey?”

Apabila mengenali anak kecil yang comel seperti Zetisya, kasihnya tumpah tanpa syarat. Namun sikap dingin dan beku bapa anak itu membuatkan Aira kecut sendiri.

“Saya tahulah awak memang suka Tisya panggil awak mummy sebab awak nampak banglo saya tu, kan?” – Zakhri Lee

‘Macamlah aku hadap sangat dengan harta dia tu!’ – Aira Nazeeya

Zakhri kuat menyindir, namun Aira punya seribu satu cara untuk membidas.

“Eh, ini bukan mall awal pun. Suka hati sayalah nak duduk mana yang saya nak.” – Zakhri Lee

“Huh, fine. Memandangkan encik nak sangat duduk dekat bangku ni, tidurlah dekat sini.” – Aira Nazeeya

Aira sebal. Mulut laser Zakhri memang menyakitkan hati tapi entah kenapa saat bertentang mata hatinya bergetar sejuta rasa. Apakah dia sudah jatuh cinta? Jika tidak, mengapa hidupnya mula berubah kini? Berwarna-warni. Bagaikan pelangi…

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Percintaan antara lelaki dingin dan gadis yang ceria serta berani membalas katakata.
  • Proses penyembuhan emosi selepas pengalaman pahit dan trauma masa lalu.
  • Hubungan kasih sayang antara Aira dengan Zetisya, anak perempuan Zakhri.
  • Konflik prasangka terhadap wanita dan perubahan sikap dalam membina kepercayaan.

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu.
  • Peminat kisah lelaki dingin dan gadis yang berani melawan.
  • Pembaca yang menyukai tema ayah tunggal dan anak kecil.
  • Peminat cerita tentang trauma, penyembuhan emosi dan peluang kedua.

Maklumat Buku

  • Penulis: Fhy
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789674691998
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan