• 8817
1

Fajar Pakeer

A Love To Kill Oleh Farhan Aiddin

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis A Love To Kill Oleh Farhan Aiddin

You're not twinkle twinkle little star but emit emit gigantic ball of gas!

Kau pernah rasa bagaimana lalinya disakiti dan dibenci? Kau pernah rasa dunia ini langsung tidak adil untuk kau?

Tiada yang indah dalam hidup Syifaa Qaireen. Semuanya malap, gelap dan suram. Jiwanya memberontak dek kepalsuan dan kebencian manusia.

“Syifaa Qaireen yang itu dah tak ada. Dah lama mati. Tunggulah sampai bumi terbalik sekali pun, dia tak akan pernah kembali!" – SYIFAA QAIREEN

Dunia yang menyakitkan seakan disinari mentari saat munculnya Haqqi Syauqi yang sudi mewarnai jiwa yang hampir mati.

Pada mulanya Syifaa Qaireen terlihat seperti twinkle twinkle little star di mata Haqqi. Jauh, berkelipan dan sering tenggelam dalam dunia malapnya sendirian. Segalanya berubah sama seperti hakikat sebenar bintang. Dari berkelipan, ia sebenarnya memancarkan tenaga gas hidrogen yang sangat kuat.

Jangan kasihkan aku. Walaupun nama aku Syifaa Qaireen tapi aku bukan penawar
kebaikan kau. –SYIFAA QAIREEN

Ya, betullah tu. Kau bukan penawar kebaikan tapi peracun yang amat berbisa! –HAQQI SYAUQI

Namun, sayap yang ingin diberi dibalas dengan racun yang amat berbisa! Silap Haqqi cuma satu. Mencintai gadis yang salah.

Pengkhianatan demi pengkhianatan buatkan seorang Haqqi berubah. Nekadnya cuma satu. Hapuskan gadis yang dia cintai dengan tangannya sendiri!

Pengkhianatan apa yang telah Syifaa Qaireen lakukan sehingga jejaka sebaik Haqqi nekad mahukan nyawanya?

Mampukah kisah cinta ini berakhir dengan happy ending jikalau sang hero tetap nekad mahu menghapuskan heroin yang dicintainya?

Hapuskan aku seperti mana mahumu kerana aku adalah cinta untuk kau bunuh!

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta toksik dan hubungan yang penuh konflik
  • Pengkhianatan serta kepalsuan dalam percintaan
  • Trauma, luka emosi dan kebencian terhadap dunia
  • Dendam, perubahan diri dan keinginan membalas sakit hati

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu dengan jalan cerita intens
  • Peminat kisah cinta toksik dan romantik gelap
  • Pembaca yang gemar plot pengkhianatan serta konflik emosi
  • Peminat watak utama yang kompleks, terluka dan penuh misteri

Maklumat Buku

  • Penulis: Farhan Aiddin
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838221450
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan