• 7694
1

Al-Hidayah

Solat Menurut Fiqh Al-Syafie

Regular price
RM 15.00
Sale price
RM 15.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Solat Menurut Fiqh Al-Syafie

Seperti yang kita sudah ketahui, solat terdiri daripada niat, pergerakan dan bacaan ayat Al-Quran, doa dan zikir. Di dalam solat, setiap pergerakan telah ditetapkan berdasarkan cara solat Nabi S.A.W. Ini adalah pergerakan yang wajib kita lakukan kecualilah kita berada dalam keadaan darurat atau tidak berkemampuan. Namun keadaan dan situasi tersebut tidak akan menghalang kita daripada menunaikan solat yang telah ditetapkan. Selain daripada itu terdapat juga pergerakan-pergerakan yang diharuskan di dalam solat menurut Fiqh Al-Syafie. Pergerakan-pergerakan ini boleh dilakukan dengan syarat-syarat tertentu. Sekiranya dilakukan dengan syarat yang telah ditetapkan, ia tidak akan mencacat atau membatalkan ibadah solat itu. Buku ini amat menarik buat semua pembaca dalam menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang ibadah khususnya solat. Dengan memantapkan ilmu-ilmu ibadah di dalam diri kita, insya Allah akan menjadikan kita lebih yakin dan khusyuk di dalam setiap ibadah yang kita tunaikan. Semoga perkongsian ilmu ini memberikan manfaat dan ganjaran yang besar kepada kita sebagai hamba Allah.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Rukun, syarat sah dan perkara asas dalam solat
  • Pergerakan wajib dan sunat dalam solat menurut Mazhab Syafie
  • Bacaan, doa dan zikir dalam solat
  • Hukum pergerakan yang diharuskan serta perkara yang boleh membatalkan solat

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pelajar yang ingin mempelajari asas fiqh solat
  • Individu yang mahu memperkemas tatacara solat
  • Jemaah yang mengikuti Mazhab Syafie
  • Guru, ustaz dan pengajar pendidikan Islam

Maklumat Buku

  • Penulis: Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789670465807
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan