• 9270
1

Fajar Pakeer

Saoirse Dan Lapan Pengikut Oleh Hannah Serres

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Saoirse Dan Lapan Pengikut Oleh Hannah Serres

Terjatuh ke dalam sungai paling panjang di dunia, seorang lelaki diberikan peluang untuk hidup kali kedua. Pulang semula ke negara kelahirannya untuk mencari sebuah jawapan, dia ditakdirkan bertemu dengan sepasang kawan karib, bersama adik mereka.

“Selamat pagi! Dengar khabar angin suspek pembunuhan tinggal dekat sini!”- AISYAH

Pada ketika kematian demi kematian bagaikan kebetulan berlegar-legar di sekeliling.

“Yuu, awak tahu tak ada pelajar Sekolah Junior Chihen yang ibunya meninggal kena langgar?”- ERI

Satu demi satu mayat ditemui, yang majoritinya terdiri daripada wanita.

Pada masa yang sama Yuu dan Eri bergelut dalam kehidupan sehari-hari, mereka juga terus-terusan dibawa untuk berhadapan dengan satu demi satu kejadian aneh yang berkaitan dengan Inori, lelaki asing yang dibawa pulang oleh Aya.

Situasi menjadi semakin mengelirukan apabila Eri terjumpa gambar seorang wanita kepunyaan Inori.

Siapa sangka, pertembungan tidak diduga antara Inori dengan manusia-manusia baharu itu akhirnya menemukannya kepada jawapan yang dicari-cari selama ini, tentang siapa pemilik sebenar hatinya.

Apakah sebenarnya hubung kait antara Inori dengan Saoirse? Adakah mereka sebenarnya mempunyai kaitan di sebalik kes-kes kematian yang berlaku?

Walaupun kau dan aku berbeza dunia dan sangkala, kita berkongsi satu rasa yang sama.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Kes pembunuhan dan kematian misteri yang melibatkan mangsa wanita
  • Siasatan terhadap suspek asing dan kejadian aneh
  • Identiti, rahsia masa lalu dan pencarian jawapan
  • Peluang kedua untuk hidup serta hubungan antara dunia yang berbeza

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel misteri dan penyiasatan pembunuhan
  • Peminat cerita thriller dengan rahsia serta plot yang mengelirukan
  • Pembaca yang suka kisah watak asing dengan identiti penuh tekateki
  • Peminat novel yang menggabungkan unsur persahabatan, keluarga dan emosi

Maklumat Buku

  • Penulis: Hannah Serres
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838221924
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan